Love in Life

Powered by Blogger.

perihal henna

*AWAS: entry yang panjang la juga*

salam. lets talk about henna. ramai pengantin sekarang prefer guna instant henna a.k.a inai tiub. senang, cepat, dan hasilnya confirm merah mantap! but as for me, nuha prefer inai orang zaman dolu2 oldschool a.k.a inai daun sebab inai ni tahan lama, ia akan habis ikut pertumbuhan kuku kita. cewah. tak seperti inai segera, cepat je pudar.


i experienced it during my brother's wedding. majlis bertandang seminggu selepas majlis sanding and at that time, nuha tolong abang & SIL pakai semula inai sebab inai majlis bersanding dah pudar. pudah dalam masa seminggu ok..tapi senang je guna inai tiub, nuha pakaikan SIL masa MUA make up SIL. selesai make up, terus bersihkan tangan. hasil inai tiub memang ala-ala mee maggi *cepat dipakai, merah pulak tu* ;p


ok tapi sekarang ni nak stress kat inai daun. masa abang nuha kawin, pengasuh kami sponsor satu mangkuk besar inai daun. terharu. bukan blended guna blender okeh, tapi guna giling <--- adik-beradik lesung batu tuhhh. tapi bila pakai jadi oren cair je. padahal dah pakai semalaman dah tu. <frustrated>


 
so during CNY holidays, nuha minta tolong ibunda mintakkan daun inai kat salah satu rumah di taman kami tu. motif: nak try test tengok warna merah mantop ke tak. mak nuha layankan je, dia balik rumah dengan beberapa dahan pokok inai. bila dah petik-petik asingkan daun dengan dahan, jenuh la jugak dapatla sebakul hasil tuaian. tak sangka dapat banyak macam tu. 




macam daun teh pulak

nuha cuci daun inai tu ala kadar, pastu blend. ada petua kata tambah jus limau la, arang la, daun teh la, nasi la..dan lain-lain. nuha blend daun inai dan air paip je. malas nak cari bahan-bahan penambah perasa semua tu. pemalas.


siap untuk dipakai

malamnya nuha try apply satu kat jari kaki. segan pula nak pakai di jari tangan. takut kena ejek kat office. tapi gambar kat bawah ni tunjuk sisi ibu jari kaki je. rasa kurang sopan dan malu nak letak gambar jari kaki sendiri :)
yang pasti inai ni merah mak ngah la..



pandangan sisi: hasil di ibu jari kaki. gambar gelap la pulak



sebelum nuha buat perkara di atas ni, nuha dah survey pada Kak Norish. kepada yang belum kenal Kak Norish si pemilik blog Henna (Inai) Ukiran Pengantin, boleh la jenguk-jenguk blog Kak Norish keh. ada few packages yang ditawarkan. pada nuha harga yang Kak Norish letak sangat-sangat resonable. hasil kerja sangat kemas. kepada peminat inai daun, Kak Norish ada provide inai daun RM10 untuk 100g. antara mereka-mereka yang dah guna perkhidmatan Kak Norish:




ira syazira







yuyu aziz


 

ukiran di tangan yuyu aziz



owh, Kak Norish base kat Shah Alam ye kawan-kawan. dan lagi, nuha baru perasan she provide make up service for solemnization + full set henna for RM350. check it out!
1 Comment For "perihal henna"

i pn suke pakai inai daun.. kt rumah nenek ade pokok inai ni, so rase2 nak pakai je, amek kt rumah nenek.. tp, i letak arang sket, nk bg de jd merah pekat..

inai ni, ikut darah jugak kut.. hari tuh xde arang, giling daun tuh dgn air jela mcm u buat tuh.. bile i pakai, de jd oren2 je.. adik i pakai, merah pekat bukan main.. hehe

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top