Love in Life

Powered by Blogger.

bedroom set

*entry tanpa gambar*



selamat berminggu baru..
last weekend nuha balik kampung untuk cari set bilik tidur. angan-angannya nak cari set warna putih. suka sangat set bilik tidur warna putih. nampak soft, tenang, nyaman, indah.. dan lain-lain. he. even bedsheet pon nuha beli warna putih. tanpa consider cadar putih cepat kotor plus..bilik nuha tak besar. so kalau barang-barang dalam bilik banyak yang warna putih, kurang sikit kesan bilik yang tak berapa luas tu.

ahad lepas nuha masuk 4 kedai perabot di Semabok Perdana. shop lot sebaris dengan shell Semabok, dekat dengan gedung kain Astana Moda. area sana memang banyak kedai perabot. dari yang murah-murah sampai ke Lorenzo ke, jati ke..semua ada.

survey punya survey...nuha finalize 2 set. satu set putih, satu lagi set hitam. tapi end up nuha tak beli pon set warna putih atas beberapa sebab:
1. cepat kotor
2. design katil set putih yang nuha suka tu cepat patah (according to tokey kedai)
3. almari baju terlalu besar untuk bilik nuha yang comel
4. Katil set hitam itu adalah design baru (according to tokey kedai)


sedih juga la tak dapat beli apa yang nuha suka. sedapkan hati; "kadang-kadang apa yang kita suka bukan yang terbaik untuk kita". so bye-bye set bilik tidur warna putih sob sob :(


tapi nuha beli tilam queen size dreamland 8" dengan harga RM499 :)
0 Comment For "bedroom set"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top