Love in Life

Powered by Blogger.

Barang hantaran: CHECKED!!

salam.
just nak share kat pembaca (kalau ada yang sudi baca). barang-barang hantaran kami sudah complete (klik SINI untuk list barang hantaran) lepas nuha collect wedding shoes nuha as posted HERE. cuma yang tinggal hanya barang-barang yang perlu disediakan menjelang majlis nanti eg: sireh dan makanan.

sebenarnya kasut atas dulang hantaran nuha plan nak guna waktu bersanding. previously tunang nuha setuju untuk bawa hantaran waktu nikah tapi bila nuha utarakan semula isu ni miggu lepas jawapannya dah tak sama. aishhhh..ini la salah satu sebab nuha suka post progress persiapan dan perancangan kami di sini. bulan lepas jawapannya A, bulan ni jawapannya B. so as perlast week tunang nuha tak setuju barang-barang hantaran semuanya dibawa waktu nikah, nak bawa waktu bersanding katanya.



jadi macam mana dengan perancangan 3 in 1 wedding shoes nuha? kasut tu takda isu untuk majlis bertandang tapi ada isu untuk majlis bersanding. kasut apa nuha nak pakai waktu bersanding kalau waktu bersanding kasut tu ada atas dulang hantaran? apakah??  (sepatutnya kasut tu as salah satu barang hantaran, kasut bersanding dan kasut bertandang)



so bila tunang nuha cakap begitu, nuha terpaksa keluarkan kasut daripada senarai barang hantaran dan sebagai balasannya nuha minta tunang TAJA satu barang untuk gantikan kasut. puas hati aku hahaha


ok boring entry ni takda gambar. bye!
Tag : hantaran, shoes
0 Comment For "Barang hantaran: CHECKED!!"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top