Love in Life

Powered by Blogger.

Review: seminggu sebelum majlis

AWAS: ENTRY TANPA GAMBAR

salam.. :)
Entry ni nuha nak share aktiviti nuha seminggu sebelum majlis. Sangat penat okeh.

Sabtu pagi nuha shoot balik melaka. Objektif: siapkan hantara. Oh sebelum tu. Cuti raya nuha tak lama. 4 hari seperti yang termaktub kalendar. Maklumlah staff under probation. Mana ada annual leave kan. Sobsss.. :(

Sampai melaka dalam jam 10 pagi kalau tak silap. Nuha terus gubah hantaran. Gubahan hantaran daripada nuha kepada suami..dan hantaran suami kepada nuha. Sangat gigih ok. Nuha berjaya siapkan semua hantaran pada hari tersebut.

Keesokan harinya (ahad)..pagi-pagi nuha dah balik bangi sebab nuha tak nak bersesak dan tersangkut dalam kesesakan di highway. Orang dah mula kembali ke kl semula selepas seminggu raya. nuha singgah bangi untuk print sticker button badge, ke butik pengantin majlis bertandang dan ke mico (my fav saloon!).

nuha print sticker di bangi sebab nuha tahu dan dah survey printing di bangi je. eheh. nuha ke butik pengantin majlis bertandang bukan atas tujuan fitting baju tapi untuk sewa tudung. nuha tak sempat nak ada tudung sendiri sebab baju sanding pun last minute. jadi tunang nuha cadangkan supaya sewa tudung yang ada di butik majlis bertandang kami. discuss punya discuss..kak lina (tokey butik) bagi pinjam je tudung yang nuha nak. oh i was touched!. then kak lina ajak nuha join dia dan teamnya ke majlis rumah terbuka anjuran avon seksyen 7 bangi. kahkahkah..nuha terjebak sekali sebab berada di tempat kejadian. tapi suka juga sebab dapat makan pffhree. hu..

lepas makan di avon nuha ke mico untuk sesi mencantikkan diri konon. nuha buat treading muka, potong dan cuci rambut & manicure. spa session? memang takde langsung. first sebab financial tak berapa stabil untuk nuha adakan budget ke spa. second sebab nuha tak rasa dengan hanya sekali dua ke spa kita akan dapat hasil yang wooww. pada nuha..at least dua tiga bulan sebelum kahwin dah nak kena kerap ke spa. then baru nampak hasil. sister in law nuha pun kata begitu. lain orang lain pendapat betul tak?

habis sesi bercantik-cantik di mico..nuha ke ikea. sangat gigih. nuha beli dua vase kaca untuk pelamin bersanding. fuhhhh...sangat penat. ok tak tahu nak taip ape lagi.


ok bye!



posted from Bloggeroid
3 Comment For "Review: seminggu sebelum majlis"

dapat rasa kepenatan nuha
oh my kte pon akan rasa nti -.-"

Mee too..balik melaka gak ni..huhu

mmg penat tp moment ni kite akan ingat smpai biler2 kan? tak sabar nak rasai saat cm ni :)

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top