Love in Life

Powered by Blogger.

1day versus 2days event

Assalamualaikum :)
AWAS! entry banyak membebel

 
Entry ni 100% tentang majlis dan pandangan nuha. Lain orang lain selera kan? Nuha up entry ni khas untuk cik mashi yang email dan tanya tentang tentatif majlis nuha.


Kalau diikutkan hati..nuha pon nak rasa macam pengantin-pengantin lain rasa. Nikah sebelah malam..rumah terang benderang meriah. Ada malam berinai..pakai sanggul lintang (kata orang melake kan?)..berarak lepas nikah bla bla bla dan bla bla bla yang lain.


Tapi demi menjimatkan kos dan memudahkan rombongan pihak lelaki (cewah-cewah alasan mesti nak kukuh), kami sekeluarga bersetuju untuk pulun 2 majlis pada hari yang sama. Idea ni wujud pon daripada majlis SIL dan abang nuha dua tahun lepas. Majlis nikah dan bersanding pada hari yang sama. Jadi kami follow aje. Mungkin ganjil bagi sesetengah pihak. In fact, ada antara family husband yang rasa pelik bila dengar tentatif majlis kami yang begitu. Tapi... Buat tak tahu saja. La la la.


So majlis nikah jam 9.00 pagi hari Sabtu 1 September 2012 di kediaman kami a.k.a rumah ibundaku. Dup dap dup dap..kami sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Alhamdulillah.. Nuha tak perasan majlis nikah selesai jam berapa. Lepas nikah sesi bergambar dengan keluarga dan majlis sarung-sarung cincin. Then ada jamuan makan pagi. Ala-ala breakfast gitu..dan lagi, OP sempat ajak kami outdoor photoshoot kat semak tepi rumah. Huhhu..






Lebih kurang jam 10.30 pagi (estimate je ni), nuha baru ke khemah untuk sarapan pagi. Lapar kot. Makan sambil sembang-sembang dengan Nichicon family. Tapi makan tak seberapa. Penat mungkin. Lepas makan nuha rehat di bilik (borak-borak dengan Nichicon family dalam bilik sebenarnya ;p)..


Pengantin dijadualkan berarak jam 2.00 petang (ayat nak skempos). Parents nuha yang nak macam tu demi menghormati waktu zohor. Best jugak berarak jam 2..nuha tak terkejar-kejar nak bersiap. MUA pon santai je.. MUA mula siapkan kami jam 12.30 tengahari kot. kot??? Adeh dah tak hengat. Nampak sangat da basi kan? Ok takpe..sambung je cerita.


Jam 2.00 petang majlis berarak. ke bersanding? mana-mana la kan.
 Kompang dipalu pengantin malu! Haha



gambar ulangan untuk yang tah keberapa kali ;p


Then merenjis apa-apa yang patut, amek-amek gambar..dalam jam 3.00 petang jugak la kami ke meja makan beradap. Suap-suap, makan-makan, potong kek bagai..sampai jam 4.00 petang. Then kami proceed ke outdoor photoshoot. Oooooo sangat penat waktu ni. Nak senyum pun tak larat..Boley? Haha


Kalau tak silap nuha setengah jam je outdoor photoshoot kami. Bila fikir-fikir balik rasa menyesal jugak. Once in a life time kan. Lagi pun baru la puas hati dengan harga OP yang kita hire tu. Ok takpe. Benda lepas jangan dikenangkan lagi.


Bagi nuha satu hari majlis atau dua hari majlis sama saja. Cuma kalau kita dah decide untuk go for one day event, tak perlu compare-compare our one day event dengan 2 or 3 or 4 days event and everyone kena commit 100% especially watak-watak utama dalam majlis. Pengantin, parents, kadi, saksi disamping vendor-vendor yang kita hire. Kalau nikah di masjid pon sama. Semua kena punctual. Event first (nikah) yang akan tentukan tentatif majlis kita jadi as planned atau tidak. Ye la.. Kalau nikah habis lambat tentula majlis sanding pun akan turut jadi lambat. Kan?


In terms of penjimatan, nuha tak perlu sediakan penginapan untuk OP je la. Plus penginapan untuk pihak lelaki. Hu.. In fact kalau nak lagi jimat, hire je OP yang dekat dengan kawasan kita.


Oklah..semoga cik mashi dapat idea untuk merancang majlisnya. Sorry dear for the delay of this entry. Tata~

 
 
posted from Bloggeroid
3 Comment For "1day versus 2days event"

kak nuha! Name kite ade kt situ laa~ hihihii
tq yer kak nuha.. Sgt2 membantu.. ;)

ye la cik mashi..kan awak yang bertanya. entry ni memang utk awk :)

oh well,takde apa yg pelik pun dear :)) saila pun plan asal nak bt majlis nikah dan resepsi pd hari yg sama. tp sbb sorg makcik saila memandai2 request suh bt nikah hari jumaat, dia nk sponsor makanan, ibu saila sponsor baju nikah so kitorg on je. kalau bkn sbb sponsor xkuasa nk bt 2majlis. haha.

btl nuha ckp,majlis first yg akan tentukan perjalanan majlis, sedara mara saila pun ckp xsempat lah,kelam kabut lah (ni kes nk suh kitorg bt majlis 2hari), last2 pd hari nikah saila baru2 ni, rilex je majlis nikah dlm 35-40minit. see? kecoh jela diorg ni..haha.

part jimat kos tu saila suka! heee :D

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top