Love in Life

Powered by Blogger.

BAD VENDOR

salam.
lama nuha perap nak story mori pasal ni. daripada nuha tengah hot meletop-letop sampai dah cool, dah malas nak ingat. dah kahwin da pon kan. but still nuha nak buka cerita juga as iktibar dan precaution kepada b2b sekalian especially b2b Melaka area Bukit Rambai since kami and that vendor end the deal just like that je. she didn't even say sorry. refund deposit apetah lagi. yang pasti salah bukan daripada side kami. bukan nak tutup or tabur pasir dalam periuk nasi orang, sekadar bengkongsi pengalaman.


nuha mula survey vendor untuk bridal awal. sejak lepas bertunang lagi miang nak kahwin (tunang buln 4 2011). nuha kenal vendor ni melalui pamplet yang adik nuha tolong kutip masa Pameran Pengantin Melaka tahun 2011 di Dataran Pahlawan Mall. since masa tu nuha sibuk dengan kelas on weekends, nak balik Melaka untuk ke pameran pengantin pon tak sempat, apetah lagi nak walk in bridal house and do the survey things. lagi la takde masa. tunang pula kerja di Pasir Gudang. Jauh.


so daripada pamplet-pamplet yang adik nuha kutip, nuha start tengok-tengok vendor mana yang macam ok in terms of harga and layanan diorang masa adik nuha kutip pamplet. ye la..tengok budak yang datang, pakai pon biasa-biasa tak bergaya berpakaian berjenama bagai. most of them malas nak layan. then nuha mula contact vendor yang nuha rasa menepati kehendak nuha.


oh. apart of that..nuha ada browse kat internet list of bridal house kat Melaka. ada juga jumpa bad review pasal vendor-vendor ni. haishhh. rasanya semua pasangan sure nervous dengan service yang vendor korang akan provide kan? biasala..masa dealing semua ok boleh no problem kita boleh buat. bila nuha dah jumpa bad review yang macam tu, of course nuha pon cuak juga.


and when we first met (nuha and that vendor), nuha ada suarakan rasa risau nuha tu. "kak, saya risau nak pilih vendor ni. kalau saya tak pilih akak, saya pilih bridal lain pon saya tetap risau. saya ada dengar cerita yang bridal tu dia bagi service teruk..janji lain. dapat lain. on hari kahwin baju warna A, kasut dia bagi warna B etc". and she said.. "akak faham, akak pon ada dengar cerita tu juga. lagipun as pengantin of course la kita nak majlis kita perfect". means that dia tahu yang potential customer dia ni ada rasa ragu-ragu and risau dengan service dia. dipendekkan cerita, nuha jadi hire dia as my wedding planner.


so called wedding planner la. sebab nuha bukan ambil A to Z dengan dia pon. thanks GOD! nuha just ambil baju dan pelamin dengan dia. nuha at the first place hire dia sebab dia offer harga yang murah. memang murah. sewa sepasang baju baru untuk bride and groom + accessories, pelamin + accessories = RM1500! murah gila kan? nasib baik aku tak gila sebab kau. dua tiga kali nuha tanya dia.."kak betol ke harga dia macam ni" bukan sekali tau nuha tanya. dua tiga empat lima enam tujuh kali nuha tanya. tak kisah la nuha ambil baju and pelamin je pon, by right dia tetap kena service kami dengan sempurna. kami bayar apa. kalau rasa kami deserve service macam tu sebab kami bayar banyak tu je, memang la tak patut la kan. dia sendiri yang letak harga begitu. amanah tetap amanah.


then ada la dua tiga kali nuha datang butik dia untuk discuss apa-apa yang patut like theme and concept, theme colour, design baju. pernah sekali nuha datang bawa my bff. luckily bff nuha tak tertambat hati dengan hasil kerja dia. kalau tak insyaallah nasib kami sama malang! then nuha and tunang datang ukur badan untuk baju kami. masa tu bulan 3. BULAN 3 okeh. majlis kami bulan 9. masa set date untuk ukur badan tu nuha ada tanya.."kak takpe ke ukur awal-awal ni?" "takpe..badan korang ni bukan naik pon". sebab dia cakap macam tu la kami datang ukur badan bulan 3.


then kami deal untuk datang first minggu pertama ramadhan. biasala kalau awal ramadhan kan semua orang nak puasa dengan family masing-masing. terkejar-kejar kami waktu tu.


alamak macam dah penat menaip. nanti nuha continue as Part 2 kat entry lain ye.

stay tune~


last but not least, idea from my potential customer: backyard wedding











bye!
Tag : vendor
6 Comment For "BAD VENDOR"

alaaaa... cerita ada bersambung pulak. cepat continue ye nuha. :)

ala...kenapa bersambung. grr... nuha ni!

kena sabar sikit korang..sebab cerita ni memang panjang. xlarat nak 1shoot. hu..

oho. tgh seronok baca. sambung plak . adeh~

wlaupun majlis dah lepas, tapi nak sgt tahu cerita selanjutnya.. sambung cepat2 tau.. =)

whoaaaa...tgh best2 bace tetibe sambong puLak.hahahha

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top