Love in Life

Powered by Blogger.

Review: Inai

salam.
sekarang ni mood nak review semakin menyusut. haippp tak boleh tak boleh. walaupun macam takde orang nak baca blog ni, nuha tetap target untuk review our wedding sampai habis. bila nak habis?
entah.
 
nuha memang ada niat nak lukis inai kat tangan masa kahwin. teringin.. dolu zaman-zaman kat uni ada je service lukis inai masa pesta cahaya and deepavali bagai. tapi masa tu nuha sekali pon tak pernah cuba sebab memang nak pakai masa kahwin je. tup tup bila disuarakan hasrat pada tunang, dia kata dia tak nak nuha ada lukis inai kat tangan! pakai yang kat jari je. wattt?? tapi bila nuha kata "ala tak pernah langsung lukis-lukis inai tu, boleh la sekali ni je". then dia kata ok. hu. mak nuha pula awal-awal lagi dah warning jangan nak lukis-lukis inai kat tapak tangan tapak kaki bagai. macam pengantin india katanya. buat as usual, nuha nak jugak!!



buat manicure seminggu sebelum majlis ;p


nuha suka design yang simple dan sweet, inspired daripada design inai Kikin.




gambar dapat dari kikin


 inai kat jari nuha pakai sendiri guna inai daun yang digiling. semangat kau. giling okeh bukan tumbuk. tapi bukan nuha la yang buat. makcik babysitter masa nuha kecik yang tolong. thank you mak itam! hari rabu malam adik nuha tolong pakaikan. awal kan? kami tak nak kelam kabut.



pakai kaki tangan terus

untuk lukis-lukis inai nuha guna service Aziehennacreator. Harga RM80 tidak termasuk jari. harga ni termasuk charge Azie datang ke rumah nuha. at first nuha ada plan nak ke kedai india di area bangunan-bangunan lama kat Banda Hilir tu. tiba-tiba terjumpa Azie ni. Azie tinggal di Paya Dalam. alahai dekat sangat la dengan rumah nuha. so malas nak ke hulu ke hilir last minute, book je dengan Azie. the best part is azie ni rupanya adik kawan mak nuha. kecik betul dunia ni! so Azie datang rumah nuha hari khamis malam around 11.00 macam tu. waktu tu nuha memang tak tidur lagi sebab geng-geng nichicon family pon just arrived from kl dengan barang-barang pelamin anganku musnah



dah siap lukis inai. monitor barang-barang diy pelamin



hubby kata macam corak bunga raya hahah

nuha tunjuk gambar tangan Kikin macam kat atas tu then Azie mula lukis. cepat je dia buat. pandai dia lukis design ikut yang nuha mahu. tapi.. Azie lukis bunga a bit besar. actually tak besar sebenarnya. just because tanganku ini kecil so bunga tu nampak besar. bila dah siap lukis, nuha bayar dan Azie balik. setel.


mak nuha kata membazir. memang pon. dah tak cantik inai ni waktu majlis bertandang. padahal gap seminggu je kan. so a day before majlis bertandang, nuha pergi kedai ala-ala saloon india kat area Tesco Kuala Selangor. sebab nuha suka sangat corak Kikin ni, nuha suruh kakak saloon india tu ikut corak yang sama. huhu. dengan kakak saloon, nuha kena RM30. oh terlupa nak mention. nak hilangkan saki-baki inai yang dah tak cantik tu nuha guna lotion and make up remover. gosok perlahan-lahan guna tisu. lakukan dengan tenang dan istiqamah ye :)


so total kos untuk berinai RM110. agak membazir di situ. once in a life time katanya....
nuha tutup mata je!


lagi gambar yang ada inai

 
 


satu lagi..




 

pada nuha harga pakej-pakej yang Azie tawarkan agak murah dan berbaloi. jenguk-jengukla blog beliau Chanteq Henna Creation. ni nombor telefon azie: 017-6279635. PR..memang tip top!


selamat berhujung minggu~
7 Comment For "Review: Inai"

simple but nice nuha ^_^

hehe
saya buat inai lukis utk mjlis belah p'puan je..
mjlis belah lelaki, gap seminggu jugak, tp malas nk lukis balik..
biar je inai tompok2,lobang2..

corak pjg tu cantik. yg bunga raya tu sy xbkenan skit. (xpe kn komen cmni)

Nurun: haha bole je komen gitu. sebab bunga raya tu besar kemain kan ;p

dalam gambar OP inai nuha cantik la... :)

its ok.. ;) by the way, thanx to nuha..

p/s: b2b d luar sana boleh la jenguk blog azie ya!

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top