Love in Life

Powered by Blogger.

This is How It Be..

Assalamualaikum. AWAS.. entry tanpa gambar dan panjang..!!

Entah kenapa tiba-tiba nuha nak up entry ni. Mungkin sedikit sentap dengan seseorang. Huhu. Tak patut nuha.. Astagfirullahalazim nuha. Semua ada pendirian dan pandangan masing-masing. Hukum alam tu kan..

Dulu..satu masa dulu sebelum nuha accidentally join keluarga Shaklee. Nuha bukan anti MLM. Tapi malas.. For me MLM ni sinonim dengan sistem piramid, modal besar, kena cari downline, untungkan orang atas yang memang dah kaya raya, meeting tengah-tengah malam..end up senyap begitu saja.

Kita memang biasa sungguh dengar kisah kegagalan insan-insan yang berMLM kan? Bukan mereka mintak untuk gagal..ada sebab-sebabnya. Tak salah untuk berangan kan? In fact orang yang berangan besar tu la yang akan berjaya dengan angan-angannya JIKA disertai dengan usaha dan doa tawakal. Bukan macam mat jenin. Siapa tak nak hidup senang tanpa beban kewangan? Orang gila pun suka bila dapat duit ye tak? hehe.

Awal-awal mengandung dulu nuha join Kelab Ibu-ibu Mengandung kat FB. Yelah..excited kan nak kaut banyak-banyak info tentang pregnancy? huhu. Masa tu banyak sungguh terdedah dengan post Shaklee. Ingatkan Shaklee produk untuk ibu menyusu je waktu tu. Ok abaikan..aku ni mengandung, bukan menyusu. Sadis..!!

Lepas bersalin, nuha guna Set Menyusu Shaklee. Nuha suka..sebab ada positif side effect selain susu badan nuha stable. Muka ku semakin cantik hahahah...'semakin' lagi tu. perasan sendiri dulu cantik jugak :p
Satu hari distributor yang jual Alfalfa pm ajak join Shaklee sebab nuha sendiri guna Shaklee. Boleh dapat bonus untuk diri sendiri nanti.. and I said..

Shaklee ni MLM kan kak? Saya malas sikit ni nak cari-cari orang ni. Bole putus kawan sebab MLM. Nuha takde isu pasal modal sebab modal RM75 je. Tidak la beriban-riban yang kalau perjuangan putus ditengah jalan kita nak regret dengan apa yang kita dah invest. Then distributor tu cakap..Ala ape ey exact ayat nuha lupa dah yang penting nuha ingat dia kata Shaklee ni tak payah p meeting tengah-tengah malam, kita sendiri guna and kita suka sebab dapat tolong orang jadi sihat.

Macam poyo kan ayat tu sebab roughly opcos la suka sebab kita dapat point daripada produk yang customer beli..kahkahkah. But its true kawan. Perasaan yang indah.. Itu yang nuha rasa sekarang bila customer inform positive result daripada pengambilan suplement Shaklee. Dulu tak jadi distributor mana nak rasa gitu..

Nuha minta bagi nuha masa untuk fikir either nak join atau tak. Few days ke few weeks after that nuha cakap ok kak..saya nak join Shaklee bawah akak dengan syarat: ajar saya macam mana nak breastfeed baby. Masa tu nuha ada masalah nak breastfeed Dahlea. Ni pon satu kisah panjang jugak kalau nak cerita tentang breastfeeding journey nuha. It was not easy but today I can breastfeed her with a smile. PM nuha kalau nak cerita tentang kisah breastfeeding nuha.

Then distributor tu datang rumah..'ajar' breastfeed dan nuha isi borang keahlian Shaklee. (Later kalau rajin nuha share pengalaman bersimpang siur nuha untuk breastfeed Dahlea). It was how nuha accidentally joined Shaklee. Seriously demi Allah memang bukan sebab nak biz walaupun waktu tu financial nuha huru-hara. Nuha dah buntu dan hampir nak give up untuk breastfeed Dahlea. Apa-apa la asal ada 'senior' ajar aku. Day by day..nuha and dahlea semakin serasi bersama di alam penyusuan susu ibu kehkehkeh. Tapi nuha rasa sedikit jengkel dengan upline nuha sebab selalu text and call cakap pasal Shaklee. I bz and letih train anak breastfeed ni okeh. nasib baik ada ESP ;p

Slowly nuha 'get into' dunia Shaklee..dan nuha mula rasa seronok. Tidaklah seronok sangat dengan bonus. So tidak.. Bonus pertama nuha dengan Shaklee RM27 je..tak heran langsung. Nuha mula tergerak hati nak involve dengan Shaklee secara serious bila nuha rasa berat nak orang jaga Dahlea kalau nuha keluar bekerja. Sincerely nuha bukan handal dan sabar tahap gaban pun nak handle baby but at least nuha puas hati dan tak risau nak kena hantar dahlea kat orang.

Ha..dah kata tadi entry ni panjang kan?

Ok itula dia cerita tentang dunia Shaklee nuha. Diam tak diam..bulan ni dah lima bulan nuha join Shaklee..dan InshaAllah lagi beberapa hari menjelang 15hb, dapat rasa bonus 4angka pertama nuha dengan Shaklee. Alhamdulillah..Bukan nak berlagak, sekadar berkongsi kegembiraan. Shaklee full time job nuha sekarang. I dont care apa orang nak kata..master holder jadi suri rumah jual Shaklee ke ape ke. Terpulang..yang pasti insan berkata-kata macam-macam tu tak bagi nuha duit pun. Jadi..lantak lah. Memang ramai orang negatif atas bumi ni kan. So kita kena gigih untuk tak negatif sama seperti mereka.

Satu lagi yang nuha suka bila terjoin Shaklee ni is amalan menjemput rezeki yang membuatkan kita meletakkan pergantungan pada Allah sepenuhnya..mendekatkan diri kita dengan tuhan. Dulu liat sungguh nak bangun solat malam..Sekarang alhamdulillah. Bukan nak riak bagitau nuha bangun solat malam ye kawan-kawan. Cuma manusia akan buat suatu perkara yang akan bagi pulangan pada dia. Solat tahajud waktu malam adalah salah satu amalan menjemput rezeki. Bila kita nakkan sesuatu..kita pasti buat. Kan?

Oh panjang sungguh..beremosi ke entry ni? huhu. Maaf kalau ada yang menjengkelkan. Lastly..kepada sesiapa yang ada terfikir untuk berbusiness, my advise is just go for it. Jangan malu..peduli apa orang nak kata..dan yang ada terdetik nak join Shaklee..Nuha alu-alukan. Mari jana pendapatan dengan Shaklee. Dah bersepah-sepah Shaklee distributor kat Malaysia ni..siapa nak beli kalau yang menjualnya pun ramai?

Yakinlah..rezeki daripada Allah bukan daripada manusia..

Sharing is caring.. :)

Nuha
017-4981289/012-6354797
SID1017481

posted from Bloggeroid

0 Comment For "This is How It Be.."

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top