Love in Life

Powered by Blogger.

Vitamin Untuk Suami

Assalamualaikum..

Vitamin memang sinonim dengan orang perempuan kan? Lagi-lagi kalau Shaklee ni..Mesti ramai ingat untuk ibu menyusu je kan? Lagi-lagi ESP. Hihi..Kenapa agaknya ye? Sebab perempuan rajin lelaki tak rajin? Ish..Lelaki pun badan macam orang perempuan jugak..bukannya iron man. Lelaki pun perlu suplemen seperti wanita.

No excuse..sebab lelaki pun berisiko kepada pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, obesiti dan kencing manis. Selain daripada tu masalah kesihatan khusus lelaki seperti mati pucuk dan kanser prostat pun menghantui para lelaki di Malaysia. Jadi para isteri sekalian, mari ambil langkah mencegah hari ini jugak. Mencegah kan lebih baik daripada mengubati. Selain sediakan makan pakai untuk suami.. jom kita sediakan vitamin untuk diorang. Lelaki..kalau suplemen dah ada depan mata, diorang telan je ye tak? Jadi kita as a Very Personal Assistant..Jum sediakan suplemen untuk suami tersayang.




ZINC COMPLEX
Zinc merupakan satu komponen yang amat penting dalam proses tumbesaran dan perkembangan tubuh badan. Ianya hadir di dalam tubuh badan sebagai sebahagian daripada tindakbalas enzim di mana ianya terlibat di dalam pelbagai aktiviti biokimia. Satu tablet sehari sudah cukup untuk membekalkan 100% nilai harian bagi zinc. Bagi lelaki zinc amat penting dalam sistem reproduktiviti. Ia membekalkan nutrien kepada sistem pembiakan lelaki di samping memelihara kesihatan keseluruhan sistem tersebut. Kajian mendapati pengambilan zinc di di kalangan lelaki dapat mengurangkan pembengkakkan pada kelenjar prostat dan mengatasi masalah yang berkaitan dengan sistem pembiakan lelaki.Oleh itu pengambilan zinc amat digalakkan oleh golongan lelaki untuk mencegah penyakit dan masalah yang berkaitan dengan kesihatan lelaki seperti kanser prostat dan sebagainya. Zinc Complex ni..kalau nak buat alasan mahal tak mampu nak beli memang kejam la. Kejam kat diri sendiri. Sebotol tahan untuk 4 bulan dan harganya tak cecah pun RM40.. In fact tak sampai RM30 pun..

VITA E COMPLEX
Vitamin E merupakan sejenis antioksidan kuat yang boleh larut dalam lemak di mana ia menyokong kesihatan jantung, otak dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan keimunan. Bagi lelaki vitamin E memberi kebaikan dalam mencegah kanser prostat. Satu kapsul gel lembut Vitamin E membekalkan 400IU vitamin E daripada sumber semulajadi dan 10mcg selenium sebagai pelengkap bagi menyempurnakan aktiviti Vitamin E.

OMEGA GUARD
Omega Guard turut disarankan kepada golongan lelaki memandangkan mereka juga berisiko menghidap penyakit jantung, darah tinggi dan stroke. Khasiat yang terkandung dalam omega berupaya mencegah pelbagai penyakit yang berkaitan dengan sistem kardiovaskular. Satu hidangan omega guard membekalkan 990mg asid lemak omega 3 yang terkandung di dalam Omega Guard Shaklee.

Semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripada info yang dikongsi ni. Sharing is caring~

Nuha
017-4991289/ 012-6354797 (sms/whatsapp)
SID 1017481


posted from Bloggeroid
0 Comment For "Vitamin Untuk Suami"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top