Love in Life

Powered by Blogger.

Tips Minum Air Banyak Walaupun Berpuasa

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Terasa cepat betul Ramadhan bergerak. Dah seminggu semua umat Islam berpuasa. Mari sama-sama kita rebut peluang untuk topup ibadah sebanyak mungkin di bulan penuh berkat ni, InshaAllah.

Berbicara (menaip sebenarnya) tentang bulan puasa ni, mesti ramai pengamal makanan tambahan yang terfikir macam mana nak minum air dalam kuantiti yang banyak sepanjang bulan ni. Ops.. yang tak amal makanan tambahan pun kena kekal hidrat tau sepanjang ramadhan. Average pengambilan air masak 2 - 3 liter sehari. Termasuklah nuha. Kita ada masa malam je untuk topup air dalam badan. So macam mana?

Sebenarnya bukanlah top secret tips pon yang nuha nak kongsi. Tapi nak share jugak tak kira! Mungkin ada yang belum terfikir ke.. kan?



Senang je.. Waktu berbuka puasa tu haruslah dah minum 1-2 gelas air kan. Sebelum solat maghrib minum segelas air. Lepas solat maghrib segelas lagi. Bawa bersama sebotol besar (1.5L) air masak waktu terawih. Kalau nak comel bawa botol air Tupperware. Setiap selesai 2 rakaat terawih tu kita minum air masak. Balik daripada terawih, sambil-sambil tengok phone layan fb kunyah-kunyah kuih kita minum segelas air masak. Banyak dah ni. Tak terasa nak terkencing ke?

Haruslah kan. Setiap kali keluar toilet minum segelas air masak. Lastly, sebelum tidur segelas lagi air masak. Then standby sebotol air sebelah katil. Terjaga je teguk air. Bangun ke toilet je minum lagi air masak..

Nuha sambil-sambil menaip entry ni pun teguk air masak juga :)

Mudah je ye kawan-kawan. Semoga tips ni membantu anda semua. Selamat berhujung minggu. Da~

*Promo Julai 2014 Vivix beli 6 PERCUMA 1.

Hubungi nuha untuk sebarang pertanyaan dan soalan.

Nuha
017-4991289/012-6354797 (sms/whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
Tag : Shaklee, tips
0 Comment For "Tips Minum Air Banyak Walaupun Berpuasa"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top