Love in Life

Powered by Blogger.

Inverted Nipple: Boleh Breastfeed Anak Ke?

Assalamualaikum. Nuha sihat alhamdulillah. Anda semua sihat? Terasa nak share cerita cabaran ibu yg mengalami inverted nipple ni. Sebelum tu.. maaf kalau ada yg rasa topik ni agak tidak sesuai dikongsi kepada umum.

Niat nuha hanya nak berkongsi dan membantu ibu2 yg mengalami masalah inverted nipple ni. Sebelum tu..

Apa tu inverted nipple?



Inverted nipple ni puting susu jenis leper atau tenggelam. Masa nuha mengandung dulu ada jumpa sorang ibu baru lepas bersalin yg mengalami puting leper ni. Katanya baby mengamuk sebab susah nak menyusu. Macam tak puas sebab tak ada puting.

Makcik tukang urut pula kata.. "biasalah anak pertama memang macam tu. Nanti masuk anak kedua oklah tu". Alamak.. Aku pun inverted nipple jugak. Takkan aku pun nanti anak kedua baru dapat breastfeed anak. Oh tidakkkk. Kata impian nak breastfeed anak hingga 2 tahun.

Bila buat monthly check up di klinik kesihatan, nuha pun suarakan kerisauan masalah inverted nipple ni. Nurse ajar setiap kali lepas mandi kena rajin2 tarik nipple tu supaya keluar. Nuha buat.. tapi istiqamah tu kurang.

Kadang2 rush tak buat bila nak cepat etc. Tapi sepanjang mengandung buat exercise tu nuha rasa macam nipple dah keluar dan rasa macam dah normal macam orang lain..tapi sebenarnya baru keluar sikit.

Sebenarnya dalam isu ni, baby still boleh menyusu sebab baby perlu merangkum bahagian areola untuk dapat susu. Bukan nipple inverted atau normal penyebab baby dapat susu atau tidak. Selain exercise tarik nipple tu, nuha ada cuba beberapa cara yang lain.

1.Guna picagari 

 

Guna picagari untuk tarik puting keluar. Potong hujung picagari sebelah masuk ubat. Kemudian ambil penekan di bahagian belakang, masukkan penekan tadi dibahagian yang telah dipotong. 

Then tarik penekan picagari perlahan-lahan secara berterusan tetapi dengan tekanan lembut. Kaedah ni dah boleh mula buat sepanjang tempoh mengandung. Kalau buat lepas bersalin, bimbang susu pun keluar sekali masa tarik penekan tu. Buat dengan istiqamah ye kawan2.

2. Nipple puller

 

Yang warna pink tu getah yg elastik. Picit.. Lekapkan bahagian plastik jernih tu kat nipple then lepaskan. Nuha guna nipple puller ni pun masa Dahlea dah lahir. Bila buat..dengan susu sekali keluar. 

So nuha suggest moms to be yang noticed ada inverted nipple.. Start guna puller ni masa pregnant. Jenuh jugak nak cuci setiap kali lepas guna dek susu pun terkeluar sama masa guna puller ni.

3. Breast shield




Shield ni pun nuha guna jenama pigeon. Kat nipple shield ni ada lubang. Kiranya bila kita apply shield kat breast, baby akan suck pada nipple shield ni. Susu akan lalu ikut lubang2 shield. Tapi pada nuha shield ni tak membantu nuha. Sebab shield ni standard size. 

Bukan exact ikut saiz breast kita. Bila nuha apply, tak ngam dengan breast nuha. Dahlea memang dapat suck pada puting tapi susu tetap tak keluar. Mungkin Dahlea pun hisap tak cukup kuat. So just jadi macam pacifier la pulak. Puting kosong. Ni based on pengalaman nuha tau. Tak semestinya tak bagus. Tak membantu pada nuha tak bermaksud shield ni tak bagus.  

4. Breast pump

Kerapkan mengepam. InsyaAllah nipple akan keluar. Tapi kena istiqamah. Nipple akan keluar juga dengan cara mengepam..tapi ambil masa. Eh semua la sebenarnya memerlukan ibu2 bersabar dan istiqamah. Guna picagari ke.. guna nipple puller ke.. guna breast shield ke.. breast pump pun. Bukan sekali 2 kali buat nipple tu akan keluar.

5. Direct breastfeeding

Last sekali, nuha guna cara ni. Dahlea memang tak reti pada awalnya. Reject!. Dia tak reti latch on langung pada breast nuha. Menangis tau anak tak reti menyusu kat kita. Siapa yg alami mesti tahu rasa sedih sayu pilu tu semua. Tambah lagi bila baby dah selesa menyusu guna botol susu. 

Dia dah confuse mana puting botol mana puting ibu dia. Tapi nuha train jugak Dahlea supaya adapt dengan nipple mommy dia. Alhamdulillah.. sebulan lepas tu nuha dah direct breastfeeding Dahlea. Alhamdulillah..syukur sangat2. Berkat kesabaran kami 2 beranak. 

Sekarang nuha bukan ibu berinverted nipple lagi. Bangga tahap infiniti sebab Dahlea yg buat sampai puting keluar. Hebat anakku! hehe.

Oklah..next time kita sambung lagi cerita pasal breastfeeding. Selamat berjaya semua pejuang penyusu sekalian!

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
0 Comment For "Inverted Nipple: Boleh Breastfeed Anak Ke?"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top