Love in Life

Powered by Blogger.

Review: Jeruk Mangga Asam Boi

Hangat diviralkan Jeruk Mangga Asam Boi ni. Mampu melelehkan air liur!

Assalamualaikum & hai.

Harini saja nuha nak up entry ni kasi korang meleleh air liur. Hehe lagipun nuha dah try resepi ni. So bolehla bagi sikit review.

Fenomena sangat jeruk mangga asam boi ni. Korang pun sure penah tengok pic resepi ni kan?


pic dari: blogfyna.com



Tadi baca tajuk dah leleh..ni tengok pic lagi dah boleh tadah air liur dalam baldi agaknya? hehe. Dipendekkan cerita, last weekend nuha balik kuala selangor rumah mil. Memang dah aim nak buat jeruk mangga asam boi ni. Sebab apa?

Penjimatan Berganda-ganda

Nuha dah survey2. Rata2 supplier jeruk mangga asam boi ni jual dgn harga RM10 sebekas. Nuha kalau sebotol tu ibarat rasa-rasa je. Celah gigi. Ni namanya nak makan sampai puas.

Nak makan puas mau 4 - 5 bekas agaknya. Sebekas RM10. 4 bekas dah RM40. Dah lepas kalau nak belikan little Dahlea sebotol Chewable Vitamin C! Favourite anakku. Sebotol Chewable Vita C baru RM37.50 (Harga pasaran). Haha.. mesti ada orang nak kata kedekut ke ape kan. Takpe. Pilihan masing-masing.

credit to: imanisoug.com


Bukan nuha berkira tau.. just nuha compare as dengan tujuan nak makan sendiri sampai puas so lebih berbaloi if buat sendiri. Lagipun ingredients and kekdahnya semudah ABC. Gitu..

So berbekalkan 3 biji mangga separa muda, (tak 100% masam pun. Siap ada rasa manis lagi) nuha pun kupas dan slice kecik2. Tos kasi kering sikit. Then gaul je la dengan ingredients yg lain. Ala.. sebijik macam resepi tu. cuma dos gula, garam, cili and asam boi tu je la yg subjektif. Nuha ikut sedap hati. 

Dah siap simpan la dalam fridge. Ikut resepi boleh makan lepas 4 -5 jam kan? Hamek.. setengah jam sekali bukak fridge dok usha jeruk tu. Sudahnya belum 4 jam dalam fridge dah tinggal half. kahkahkah.

Pada nuha, mangga tu kalau dapat yg muda and rasa masam tu lebih dominant dari rasa manis lebih sedap. Sebab nuha guna mangga separa muda, dah rasa manis dah mangga tu. So dok harap rasa masam dari asam boi. Pastu bubuh pulak gula. Lagi la tenggelam rasa masam mangga. Nasib jugak gula letak 3 sudu je.

Pastu.. nuha guna asam boi hak yang warna putih. Asam boi ni kan ada few colors. Merah, putih and colorless. Ade eh asam boi colorless? hahaha hemtam saja. Guna asam boi yg warna putih ni.. bila air jeruk ni keluar nanti air jeruk tu akan jadi warna putih jugak. So.. macam tak menarik sket pada nuha.

If guna yg colorless asam boi tu.. elok je la kot air jeruk tu pun jernih je.. nampak la hirisan2 mangga dalam balang kita tu. Boleh bayangkan ke semua yg nuha cerita ni?

Yang penting nuha akan repeat resepi ni bila ada rezeki mangga muda free depan mata. okbai!

PROMO YANG MASIH HANGAT DIPERKATAKAN!!

double promo tinggal 3 hari saja.
Hubungi nuha untuk sebarang pertanyaan dan pesanan sebarang produk Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati  
Tag : Santai
0 Comment For "Review: Jeruk Mangga Asam Boi"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top