Love in Life

Powered by Blogger.

3 + 1 Prinsip Asas Urus Kewangan

Entry dipetik daripada penulisan Fathuri Salehuddin dari Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki.

Assalamualaikum & hai.. Salam Jumaat. 

Entry ni tak bermaksud apa2. Nuha sekadar nak berkongsi apa yg nuha baca. Semoga nuha & anda semua dapat jadi pengurus kewangan yg paling hebat atas dunia buat diri sendiri. hihi

3 + 1 Prinsip Asas Urus Kewangan


Prinsip 1:
Beli sesuatu secara tunai. Jika belum mampu sabarlah dan terus menyimpan.

Prinsip 2:
Hidup di bawah kemampuan bukan mengikut kemampuan. Kalau pendapatan RM1000, belanja pun RM1000. Bila pendapatan bertambah menjadi RM10000 perbalanjaan pun jadi RM10000. Ini namanya hidup ikut kemampuan. Gaya hidup begini umpama berada di tebing ‘gaung hutang’ yg dalam. Sangat merbahaya. So, hidup di bawah kemampuan & berbelanjalah mengikut keperluan bukan kehendak. Barulah ada balance untuk disimpan.

*Self reminder*

Prinsip 3:
Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit. Apa pun perlukan lahitan. Same goes to menyimpan. Jika rasa berat menyimpan setiap bulan, menabunglah setiap hari. Mulakan dengan menabung RM2 sehari. Hujung bulan nanti dapatlah simpan RM60. Bila dah biasa, nak simpan RM200 sehari pun rasa biasa je. Kalau RM60 sebulan, setahun dah jadi RM720. Kalau RM200 sehari, setahun dah dapat simpan RM72000. Kalau 10 tahun? Semua orang boleh menyimpan. Its not about the amount, tapi soal tabiat. Tabiat menyimpan ni adalah tabiat orang-orang yg berduit.

Nak tergolong dalam golongan yg banyak duit? 

Mari mula menyimpan mulai hari ini!

Prinsip 4:
Bina pendapatan kedua. Ini kata-kata dari blog yg dibaca oleh Fathuri Salehuddin;

“Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji itu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih dari 50%. Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, Alhamdulillah”


Sumber asal: www.mohdzulkifli.com 
Tel: 019-3368009   

Oklah.. stop kat sini dulu. Next, inshaAllah nuha akan share..

7 Strategi Melunaskan Hutang.

Selamat berhujung minggu semua. :)

Hubungi nuha untuk pertanyaan dan pesanan sebarang produk Shaklee. Promosi November 2014: Omega Guard - beli 6 percuma 1 / twin pack.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati  
Tag : info, misi saye, tips
0 Comment For "3 + 1 Prinsip Asas Urus Kewangan"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top