Love in Life

Powered by Blogger.

3 Tips Utk. Maintain Pengeluaran Susu Ibu

Breastfeeding amat mudah dan sangat seronok.. Satu nikmat yg Allah beri khas utk ibu2 yg melahirkan.

Namun.. mudahnya breastfeeding perlu disokong dgn ilmu. Tanpa ilmu tentang penyusuan susu ibu.. belilah semua pun keperluan & gadget utk breastfeed. Hatta breast pump paling mahal dalam dunia pun... bazir je jika tidak disertai dgn ilmu tentang penyusuan susu ibu. 

So entry ni nuha nk share..

3 Tips Ringkas Cara utk. Maintain Pengeluaran Susu Ibu 

1) Jaga Demand agar Supply Terjaga

Ini yg paling asas. Sebab penghasilan susu badan sangat dipengaruhi oleh permintaan bayi anda.

Nuha bagi satu analogi. Seorang peniaga yg nak untung. Dah tentu peniaga tersebut perlu menjual utk dapatkan keuntungan dari perniagaannya. Adalah tidak masuk akal kalau peniaga tersebut tak jual apa2 tiba2 dilimpahi keuntungan yg melimpah2.

Sama dgn breastfeeding. Baby perlu demand susu banyak2 baru pengeluaran susu akan banyak. Macam mana nak demand susu banyak2?

Gambar dari thefunnyshapedwoman.blogspot.com

Kerapkan breastfeed si manja anda.

2) Amalan Power Pump

Power pump adalah salah satu latihan utk create demand (demand: susu). Sangat afdal exercise power pump ni dilakukan di waktu tengah malam sebab waktu ni badan kita dah relax, tenang.. baby pun dah tidur dan hormon prolaktin ibu tengah tinggi.

Gambar dari oliverandtara.com


InshaAllah nuha akan share teknik power pump in future.

3) Jaga Pemakanan Ibu.

Senang je tips ketiga ni. Tapi.. ramai ibu2 tak perasan yg mereka abaikan diet sebagai seorang ibu menyusu. Jaga pemakanan ni tak semestinya perlu disertai dgn pengambilan makanan tambahan.

Tidak semestinya. Kalau ibu dapat nutrisi yg cukup dan sepenuhnya dari diet harian, ibu tersebut tak perlu amalkan makanan tambahan.

Banyakkan pengambilan cecair (air). Susu ibu adalah dalam bentuk cecair. Macam mana nak hasilkan susu yg banyak kalau ibu sendiri tak ambil (minum) air dengan banyak?

Kata kuncinya di sini ialah ibu menyusu wajib cukup nutrisi & cecair.

Baca: Tips: 5 + 1 Ekor Ikan & Ibu Menyusu  

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
0 Comment For "3 Tips Utk. Maintain Pengeluaran Susu Ibu"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top