Love in Life

Powered by Blogger.

Nasihat Kepada Mangsa Banjir

"Bila banjir surut , anda masuk rumah dan anda dapati TV, peti ais, mesin basuh, table fan, peralatan letrik dapor dan lain2 perkakas letrik termasuk PC atau laptop berselerak lintang pukang macam sampah ... jangan ingat itu semua dah jadi sampah yang perlu dikutip dan dibuang."

Assalamualaikum & hai.

Artikel ini adalah hasil copy paste drpd seorang teman. Moga berguna dan bermanfaat kepada semua yg terlibat dgn bencana banjir.

"Ini juga adalah dari pengalaman saya menjadi mangsa banjir besar di Jitra Kedah pada tahun 2005.

Ingat lah komponen barangan letrik itu bukanlah diperbuat daripada garam atau gula yang melarut bila kena air... ia sebenarnya diperbuat dari plastik dan logam yang tidak terjejas sikit pun bila kena air jika tiada arus letrik mengalir pada saat ia tenggelam dlm air.

So berkemungkinan besar tak ada apa yang rosak pada peralatan2 itu. Cuma ia nampak kotor kerana diselaputi lumpur.



Apa harus anda buat ...

1. JANGAN SEKALI2 CUBA MENGHIDUPKAN UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK.

2. Kumpul semua peralatan letrik , kmdn tembak air untuk membersihkan lumpur disetiap bahagian.

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakan komponen dlm peralatan , kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.

JANGAN MEMBERUS , JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPOR YG DEGIL.

3. Bila dah rasa cukup bersih, jemur tengah panas 2-3 hari sehingga puas hati tiada air atau kelembapan pada komponen dalamnya.

4. Jika ada hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit supaya betul2 kering.

5. Pasangkan balik back cover atau penutup.

6. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Percaya atau tidak sehingga hari ini saya masih menggunakan TV, peti sejuk, mesin basuh, kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira2 90% barangan eletrik yang tenggelam banjir dapat digunakan semula oleh saya dan keluarga.

YANG PENTING SABAR & TABAH MENGENDALI KERJA BAIK PULIH PERALATAN LETRIK YANG SEBENARNYA TIDAK ROSAK PUN KERANA BANJIR.

Untuk membantu mangsa2 banjir supaya mereka dapat mengurangkan belanja membeli peralatan letrik yang baru... TOLONG C&P POSTING INI DAN FORWARD KEPADA RAKAN/KENALAN YANG JADI MANGSA BANJIR.

Mudah2an kita membantu ..."
Mudah-mudahan info ini membantu...

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Disember 2014

Baca: Promosi Kolagen beli 3 PERCUMA 1 

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
Tag : banjir, info
0 Comment For "Nasihat Kepada Mangsa Banjir"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top