Love in Life

Powered by Blogger.

Azam Tahun Baru 2015

Nuha yakin anda semua dah jelas dengan azam 2015 masing-masing. Jelas di sini maksudnya jelas di minda dan diperjelaskan lagi dengan menulis azam itu di atas kertas dan ditampal.

Assalamualaikum & hai.



Sama seperti anda semua, nuha pun ada azam tahun baru. Salah satunya target nak khatam baca Quran at least sekali dalam tahun 2015 ni. inshaAllah, pasti boleh.

Nuha terbaca tentang format untuk mereka bentuk azam tahun baru yg dikongsi oleh Dr. Azizan Osman. Moga belum terlambat untuk nuha kongsi dan moga kita semua mendapat manfaat. InshaAllah.

[FORMAT UNTUK MEREKA BENTUK AZAM TERBAIK 2015]

Seeloknya, azam tahun baru kita berpaksikan 6 perkara:

1. Karier
Contoh : Target naik pangkat tahun ini, dapat kerja baru tempat lebih baik

2. Fizikal
Contoh : Target nak turunkan 10 kg, elakkan minyak & gula

3. Emosi
Contoh : Elakkan berkata negatif di FB, elakkan berfikiran negatif

4. Kewangan
Contoh : Target tambah simpanan 100k by end of the year

5. Family
Contoh : Tambah anak lagi. Bawa family holiday umrah ke Mekah

6. Spiritual
Contoh : baca setengah juz sehari, lazimkan solat tahajud/ dhuha

Selamat tahun baru 2015 kepada semua pembaca. Semoga kita sama2 lebih berjaya, kaya dan bahagia, inshaAllah.

Love,
Nuha
Tag : info, misi saye, tips
0 Comment For "Azam Tahun Baru 2015"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top