Love in Life

Powered by Blogger.

Risiko Bayi Yang Tidak Diberi Susu Ibu

Isu kekurangan susu badan, susu badan merundum, susu badan kering sering menjadikan ibu-ibu patah semangat untuk meneruskan misi penyusuan susu ibu.

Ditambah pula dengan kepelbagaian pilihan susu formula di pasaran, pilihan terakhir ibu bapa adalah memberikan anak syurga mereka dengan susu formula.

Assalamualaikum & hai.

Tiada salah dan dosanya memberikan susu selain susu ibu kepada bayi. Namun, setiap bayi mempunyai tahap penerimaan yang berbeza terhadap makanan/ minumam (susu).

Nuha sendiri pernah bagi little Dahlea susu formula suatu ketika dulu dan ada juga satu dua isu berbangkit.

Gambar hiasan saja-saja


Baca: Doa Banyakkan Susu Ibu

Harini nuha nak share tentang Risiko Bayi yang Tidak Diberi Susu Ibu. 

RISIKO BAYI YANG TIDAK DIBERI SUSU IBU

1) Necrotising enterocolitis (NEC) dikalangan bayi yang dilahirkan pramatang. (NEC) adalah penyakit saluran pencernaan yang terjadi kepada bayi yang baru lahir, melibatkan jankitan dan radang yang menyebabkan kerosakan usus atau bahagian pada usus.

2) Jangkitan pada saluran pernafasan seperti batuk dan selsema, jangkitan pada usus seperti cirit - birit dan jangkitan pada saluran kencing

3) Alahan pada kulit seperti eczema dan atopic

4) Tahap perkembangan dan pencapaian pendidikan yang agak rendah

5) Mendapat jangkitan telinga (Otitis media)

6) Obesiti diusia kanak- kanak

Ini bayi susu ibu. My little Dahlea

7) Mengalami juvenile onset insulin dependant diabetes mellitus dikalangan keluarga yang mempunyai masalah ini (kencing manis yang bermula pada usia muda).

8) Berisiko mendapat tekanan darah tinggi dan penyakit jantung pada usia yang lebih muda

9) Kematian bayi dan kanak - kanak diusia muda

*Sumber: Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Baca: Inverted Nipple Boleh Breastfeed Anak Ke?

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Bulan Januari 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
0 Comment For "Risiko Bayi Yang Tidak Diberi Susu Ibu"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top