Love in Life

Powered by Blogger.

8 Kepentingan Penyusuan Dengan Kerap

Ilmu dan teknik yang betul dalam penyusuan susu ibu adalah sangat penting bagi memastikan misi penyusuan susu ibu anda berjaya dilaksanakan. Antaranya pengetahuan yang ibu perlu tahu adalah kebaikan susu ibu, cara pengendalian susu perahan, cara memanaskan susu perahan dan lain-lain.

Assalamualaikum & hai.

Kesedaran tentang penyusuan susu ibu semakin hari semakin mendapat tempat di hati ibu bapa. Topik yang nuha nak kongsi hari ini adalah tentang Kepentingan Penyusuan dengan Kerap.

8 KEPENTINGAN PENYUSUAN DENGAN KERAP

Susui bayi anda dengan kerap pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya supaya:

1) Bayi Mendapat Lebih Kolostrum
Ini sangat penting di awal kelahiran bayi anda.

Baca: Apa itu Kolostrum Susu Ibu

8 Kepentingan Penyusuan Dengan Kerap
8 Kepentingan Penyusuan Dengan Kerap - google image
2) Bekalan Susu Dihasilkan dengan Cepat
Ibu harus jelas dan mempraktikkan konsep "demand" dan "supply"

Baca: 3 Tips untuk Maintain Pengeluaran Susu Ibu

3) Berat Badan Bayi Meningkat dengan Cepat
Bila si manja anda cukup bekalan nutrisi yang diperlukan, makan mudahlah bayi anda mengalami pertambahan berat badan.

8 Kepentingan Penyusuan Dengan Kerap
8 Kepentingan Penyusuan Dengan Kerap - google image
4) Bayi Kurang Mengalami Neonatal Jaundice

Baca: Neonatal Jaundice


5) Bayi Kurang Menangis dan Kurang Desakan untuk Memberikan Susu Gantian
Apabila si manja anda kenyang, bayi akan kurang menangis. Anda juga mungkin tidak akan terdetik untuk memberi susu selain susu ibu.

6) Ibu Kurang Mengalami Bengkak Payudara
Masyarakat kita juga biasa dengan panggilan 'bengkak susu'. Apabila ibu mengalami bengkak susu, ini bermaksud pengeluaran susu ibu melebihi permintaan, atau dalam sesetengah kes ada pengeluaran tetapi tiada permintaan dari bayi.

Maka apa yang perlu ibu lakukan adalah keluarkan susu tersebut dari payudara.

Salah satu caranya adalah dengan menyusukan si anda sekerap yang boleh. Ibu juga boleh mengepam/memerah susu agar payudara ibu 'kosong' semula.

Rangkaian produk Shaklee yang dapat membantu mengurangkan masalah bengkak susu adalah Lecithin.

7) Penyusuan Susu Ibu Mudah Diperkukuhkan
Dengan menyusukan bayi anda sekerap yang boleh, bayi akan 'menerima' dan biasa dengan keadaan payudara ibu dan misi penyusuan akan dapat diteruskan seperti yang dirancang.

Baca: Inverted Nipple - Boleh Breastfeed Anak Ke?

8) Ibu Boleh Menyusukan Bayi dalam Tempoh Penyusuan yang Lama
Nuha pasti setiap ibu ada impian untuk menyusukan bayi masing-masing. Andai tak sampai dua tahun, memadai sehingga 6 bulan pertama. Andai tidak sampai 6 bulan, setidak-tidaknya seberapa lama yang mungkin.

8 Kepentingan Penyusuan dengan Kerap
8 Kepentingan Penyusuan dengan Kerap - google image
Alhamdulillah.. nuha masih diberi peluang menyusukan little Dahlea sehingga saat ini, Dahlea berumur 18 bulan ini. Setiap hari, setiap waktu dalam sembahyang nuha minta supaya Allah permudahkan misi penyusuan susu ibu nuha kepada little Dahlea.

Berbaki 6 bulan sebelum misi kami tercapai. Semoga Allah perkenankan permintaan kami. Kalau nuha boleh, nuha yakin ibu-ibu lain pasti boleh. Mintalah dengan Allah, sentiasa positif dan berusaha dengan penuh semangat.

Andai terdetik rasa penat dan putus asa, ingatlah tujuan utama anda memulakan misi penyusuan susu ibu ini.

Baca: Promosi Shaklee Mac 2015

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
0 Comment For "8 Kepentingan Penyusuan Dengan Kerap"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top