Love in Life

Powered by Blogger.

Resepi Ais Krim Buah Straberi

Ahad lepas, sebelum kami sekeluarga ke kenduri kahwin kawan nuha di Putrajaya, nuha sempat buat ais krim buah straberi. Senang sangat caranya. Ibu-ibu memang wajib cuba tau!

Assalamualaikum & hai.

Bayangkan. Janji nak gerak pergi kenduri pukul 12 tengahari. Pukul 11.20 pagi nuha mula kumpulkan bahan dan buat ais krim buah straberi ni.

RESEPI AIS KRIM BUAH STRABERI

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

1) Straberi 3 - 4 biji (potong kecil)
2) Jus oren atau jus yang anda suka
3) Meal Shakes
4) Bekas acuan ais krim

Baca: Meal Shakes


Nuha guna Sunquick Tropical. Memang saja nak guna jus yang warna terang baru naik warna straberi tu. Nuha bancuh sunquick tu agak pekat dan tambah sedikit madu untuk dapat rasa manis.

Anda nak guna gula perang atau kurma kisar pon boleh untuk dapat rasa manis selain daripada guna gula pasir.

Lepas tu tambahkan 1 sudu Meal Shakes ke dalam bancuhan sunquick.

Masukkan potongan buah straberi ke dalam acuan aiskrim, tuangkan jus.. dan siap untuk dibekukan.


Senang sangat kan. Boleh siap dalam masa 5 minit saja.

Baca: Home Made Ais Krim Bernutrisi

Hubungi nuha utk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Mac 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati 
0 Comment For "Resepi Ais Krim Buah Straberi"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top