Love in Life

Powered by Blogger.

Kepentingan Penyusuan Secara Eksklusif Selama 6 Bulan Pertama Dan Tiada Pemberian Sebarang Makanan Atau Minuman Lain

Apakah yang dimaksudkan dengan pengusuan susu ibu secara eksklusif? Pelajari dan fahami keperluan nutrisi bayi anda agar anak-anak syurga mendapat nutrisi lengkap yang terbaik sepanjang tempoh tumbesarannya.

Assalamualaikum & hai.

Hari ini nuha bawa lagi satu topik tentang penyusuan susu ibu. Moga info yang dikongsi memberi manfaat kepada ibu bapa semua.

Baca: Risiko Bayi yang Tidak Diberi Susu Ibu

KEPENTINGAN PENYUSUAN SECARA EKSKLUSIF SELAMA 6 BULAN PERTAMA DAN TIADA PEMBERIAN SEBARNG MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN

Susu ibu membekalkan kesemua nutrien dan air yang secukupnya yang diperlukan oleh bayi anda untuk membesar dan berkembang dalam masa 6 bulan pertama.

Perbandingan Nutrisi Susu Ibu
Perbandingan Nutrisi Susu Ibu - motherchildnutrition.org
Enam bulan pertama usia bayi anda bermaksud sehingga akhir 6 bulan atau 28 minggu atau 180 hari (bukan pada permulaan umur 6 bulan). Tiada sebarang minuman atau makanan lain diberikan kepada bayi anda selain daripada susu ibu dalam masa enam bulan pertama.

Berikan bayi anda penyusuan susu ibu sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali sehari, termasuk penyusuan di waktu malam (penyusuan on demand bukan ikut kiraan jam).

Penyusuan Susu Ibu
Penyusuan Susu Ibu Mengikut Permintaan Bayi - Google Image
Baca: 8 Kepentingan Penyusuan dengan Kerap

Suplemen, mineral atau ubat-ubatan boleh diberi jika diperlukan mengikut saranan doktor.

Nutrisi untuk Ibu Menyusu
Pastikan Ibu Mendapat Nutrisi Lengkap - Google Image
Baca: Power Pump - Tips Memperbanyakkan Susu Badan

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee April 2015

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 
#shakleetrustedagent
0 Comment For "Kepentingan Penyusuan Secara Eksklusif Selama 6 Bulan Pertama Dan Tiada Pemberian Sebarang Makanan Atau Minuman Lain"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top