Love in Life

Powered by Blogger.

Posisi Ibu dan Bayi Serta Pelekapan yang Betul Semasa Penyusuan

Teknik penyusuan susu ibu yang betul dan teknik penyusuan bayi. Posisi penyusuan susu ibu yang betul memainkan peranan yang penting dalam memastikan kedua-dua ibu dan bayi selesa dan sesi penyusuan dapat dilakukan dengan sempurna.

Assalamualaikum & hai.

Agak lama nuha tak cerita tentang penyusuan susu ibu di blog ni. Harini nuha nak share tentang Posisi Ibu dan Bayi Serta Pelekapan yang Betul Semasa Penyusuan.

Baca: 2 Sebab Mudah Susu Badan Berkurang dan Cara Mengatasinya

POSISI IBU DAN BAYI SERTA PELEKAPAN YANG BETUL SEMASA PENYUSUAN

POSISI IBU

Posisi Ibu dan Bayi Serta Pelekapan yang Betul Semasa Penyusuan
Posisi Ibu dan Bayi Serta Pelekapan yang Betul Semasa Penyusuan - Google Image

1) Ibu berada dalam keadaan selesa
2) Bahagian belakang, kaki dan payudara ibu diampu (Jika perlu)

Baca: Power Pump - Teknik Memperbanyakkan Susu Badan

POSISI BAYI

1) Badan bayi lurus
2) Badan bayi rapat ke badan ibu, menghadap payudara, hidung setentang puting (bayi dibawa ke arah payudara ibu, bukan sebaliknya)

Posisi Ibu dan Bayi Serta Pelekapan yang Betul Semasa Penyusuan
Posisi Ibu dan Bayi Serta Pelekapan yang Betul Semasa Penyusuan - Google Image
3) Kepala dan bahu bayi diampu
4) Keseluruhan badan bayi diampu (jika bayi pramatang)

Baca: Inverted Nipple - Boleh Breastfeed Anak Ke?

CARA PELEKAPAN YANG BETUL SEMASA PENYUSUAN SUSU IBU

1) Mulut bayi terbuka luas
2) Bibir bawah bayi melengkup keluar
3) Dagunya mencecah payudara

Baca: 8 Kepentingan Penyusuan dengan Kerap

Posisi Ibu dan Bayi Serta Pelekapan yang Betul Semasa Penyusuan
Pelekapan yang Betul Semasa Penyusuan - Google Image

CARA PELEKAPAN YANG SALAH SEMASA PENYUSUAN SUSU IBU

1) Mulut bayi tidak terbuka luas
2) Dagu bayi tidak menyentuh payudara
3) Lebih banyak areola kelihatan di bahagian bawah mulut bayi
(atau sama banyak di bahagian atas atau bawah mulut bayi)

Apabila ibu dan tahu posisi dan cara pelekapan yang betul, inshaAllah proses penyusuan susu ibu akan jadi lebih mudah dan menyeronokkan.

Baca: Promosi Shaklee April 2015

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
0 Comment For "Posisi Ibu dan Bayi Serta Pelekapan yang Betul Semasa Penyusuan"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top