Love in Life

Powered by Blogger.

Kisah Seorang Penjual Besi Buruk

Seorang penjual besi buruk bertanya kepada seorang ustaz.

"Ustaz..! Kenapa ya..! Saya merasa bosan dengan hidup saya yang begini-begini..! Terus hambar, tak ada arahnya, tak ada nikmatnya..! Bosan saya ustaz..! Saya ingin bahagia tapi kenapa susah ya?!

Ustaz pun menjawab:

I "Oohh..! Mungkin masa ini Allah juga lagi bosan dengan tuan."

"Allah bosan dengan saya? Maksudnya macamana ustaz?" Tanya si tukang besi kembali..

Ustaz menjelaskan :

"Mungkin Allah penat cari tuan tapi tak pernah jumpa pun. Dicari di antara ahli dhuha, tuan tak ada. Dicari di antara ahli tahajjud juga tak ada.

Dicari di antara ahli puasa sunat juga tak ada. Dicari di antara ahli sedekah, juga tidak kelihatan.

Dicari di antara ahli Qur'an, tuan juga tidak ada di sana. Dicari di antara ahli umrah, niat pun tuan belum buat.

Dicari di antara orang-orang yang khusyuk solatnya, tuan juga tidak ada. Dicari di antara ahli selawat pun tidak ada. Dicari di antara yang menuntut ilmu apa lagi.

Lalu Allah swt mahu cari tuan di mana lagi..? Cuba tuan beritahu..! Cakaplah jangan terdiam pulak..!"

Lalu..! Menangislah si tukang besi tadi sambil mengusap airmatanya, dia beristighfar.

Segeralah kembali kepada Allah..! Dekatilah Allah. Hanya Allah sajalah ZAT yang boleh mententeramkan hidup kita.

Kisah Seorang Penjual Besi Buruk
Sekadar gambar hiasan - Google
PASTIKAN NAMA ANDA SENTIASA DALAM SENARAI.

Semoga Allah permudahkan dan dikekalkan serta dikayakan dengan iman dan takwa. InshaAllah.
0 Comment For "Kisah Seorang Penjual Besi Buruk"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top