Love in Life

Powered by Blogger.

Dahsyatnya Doa Sebelum Berbuka Puasa

Tazkirah Ramadhan, bulan yang sentiasa dirindui, dinanti-nanti, bulan yang penuh dengan keberkatan dan peluang melipatgandakan amal ibadah.

Assalamualaikum & hai.

Ada waktu yang mustajab untuk kita berdoa, yang mana doa tidak akan ditolak oleh Allah SWT:
2 WAKTU MUSTAJAB BERDOA SEPANJANG RAMADHAN

1. Menjelang berbuka puasa
2. Menjelang sahur

Tetapi sayangnya ramai umat Islam yang tidak mengetahuinya. Di Mekah dan Madinah, satu jam sebelum azan Maghrib muslimin muslimat menadahkan tangan ke langit dan berdoa untuk kemudahan daripada segala hajat, baik hajat dunia mahupun akhirat. Mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan sehingga menitiskan air mata. 

Ya, berdoa meminta kepada Allah yang Maha Kaya.

Walau bagaimanapun, kebanyakan kaum muslimin kita di sini mensia-siakankan waktu yang sangat mustajab ini dengan aktiviti menyiapkan hidangan berbuka puasa.

Dahsyatnya Doa Sebelum Berbuka Puasa
Dahsyatnya Doa Sebelum Berbuka Puasa
Antara 10 - 15 minit sebelum azan maghrib dengan keadaan berwuduk, berdoalah meminta apa sahaja kerana Allah memberikan jaminan bahawa doa-doa tersebut akan dikabulkan.
Marilah kita bersama-sama memanfaatkan dua waktu ini, bukan hanya demi santapan atau berburu makanan saat menjelang waktu berbuka puasa. Berdoalah untuk diri kita, keluarga kita, orang tua kita, sahabat kita, negara kita, perniagaan kita, kesihatan kita dan sebagainya.

Musuh-musuh Islam tahu betapa hebat umat Muhammad SAW apabila mereka berdoa disaat menjelang berbuka. Kerana itu, mereka melalaikan kita dengan program-program tv dan media pada dua waktu mustajab berdoa ini.

MasyaAllah. Semua info ini menjadi iktibar dan bermanfaat untuk diri nuha sendiri dan semua pembaca muslim blog ini. Selamat berhujung minggu semua.

Baca: Tawaran Vitalea Percuma

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Baca: Promosi Shaklee Jun 2015



Nuha
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: hayati_nuha 
Tag : Doa, info, Ramadhan, tips
1 Comment For "Dahsyatnya Doa Sebelum Berbuka Puasa"

subhanallah..sharing yang sangat bermakna :) tq

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top