Love in Life

Powered by Blogger.

Satu Lagi Mitos Susu Ibu Terbongkar: Antara Air Dan Makanan

Awal-awal bersalin anak pertama dulu nuha dapat ilmu dari beberapa 'ibu senior' dan 'orang lama'. Kata mereka susu ibu sebelah kiri tu air, yang belah kanan tu makanan. Bagi yang kanan dulu. Kalau bagi yang kiri nanti anak dah kenyang air dah tak mau makanan dari susu sebelah kanan. 

Assalamualaikum & hai.

Terlebih dahulu nuha nak ambil kesempatan untuk ucap salam aidilfitri, maaf zahir dan batin. 

Ok berbalik kepada topik air dan makanan dalam susu ibu. Rupanya ilmu yang nuha dapat tu hanyalah mitos.

Struktur susu ibu ada dua jenis iaitu foremilk dan hindmilk. Foremilk dan hindmilk ni wujud di kedua-dua belah payudara. 



Apa itu foremilk dan hindmilk?

FOREMILK

Foremilk adalah susu ibu yang keluar pada peringkat awal menyusukan bayi. Ia bersifat cair tetapi kaya dengan laktosa dan protein yang penting untuk pertumbuhan otak. Oleh kerana sifatnya yang cair maka foremilk berguna untuk menghilangkan dahaga bayi.

HINDMILK

Hindmilk pula keluar beberapa saat selepas foremilk. Sifatnya lebih pekat dan mengandungi banyak lemak berbanding foremilk. 

Ia berfungsi untuk membantu tumbesaran fizikal bayi. Hindmilk yang lebih tinggi lemak dapat memberikan kesan kenyang kepada bayi. 

Moga info ini bermanfaat dan happy breastfeeding mommies!

Hubungi nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu & kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
Rakan Penyusuan Susu Ibu 
017-4991289 (sms/ whatsapp)
SID1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
#shakleetrustedagent
0 Comment For "Satu Lagi Mitos Susu Ibu Terbongkar: Antara Air Dan Makanan"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top