Love in Life

Powered by Blogger.

10 Sebab Bayi Menolak Susu Ibu

Banyak sebab yang memungkinkan si comel menolak susu ibu. Mungkin pada ibu sebab-sebab bayi menolak susu ibu terlalu remeh atau tidak masuk akal tetapi ia memberi kesan yang besar pada si comel.

10 SEBAB BAYI TOLAK SUSU IBU

Terdapat beberapa sebab bayi menolak penyusuan susu ibu dan yang paling biasa ialah: 

10 Sebab Bayi Tolak Susu Ibu

1- Bayi tidak melekap dengan betul dan isi puting yang masuk ke dalam mulutnya tidak cukup untuk membolehkan dia menyusu dengan efektif. Adalah baik jika ibu mendapatkan nasihat daripada kaunselor penyusuan untuk mengatasi masalah ini.

2- Sakit mulut disebabkan oleh pertumbuhan gigi, lepuh sejuk (cold sores) atau jangkitan (seperti jangkitan kandida).

3- Ini merupakan reaksi bayi disebabkan jeritan yang ibu keluarkan apabila bayi menggigit payudara ibu.

4- Bayi mempunyai jangkitan telinga yang menyebabkan tekanan atau kesakitan semasa menyusu.

5- Selsema atau hidung tersumbat yang menyukarkan bayi bernafas semasa menyusu.

6- Terlalu kerap menambah susu formula, menyebabkan pengurangan bekalan susu badan.

7- Terlalu banyak gangguan, bunyi bising atau terhenti ketika menyusu.

8- Ibu terlalu kerap tidak mengendahkan bayi apabila dia menangis sebab mahu menyusu. Bayi pun pandai merajuk. 

9- Rutin bayi telah terganggu antaranya disebabkan ibu berpindah rumah atau ibu kembali bekerja.

10- Bayi berpisah dari ibu untuk jangka masa panjang yang luar biasa.

ESP adalah pilihan ramai ibu menyusu dan memberikan rasa susu yang enak kepada bayi serta membolehkan bayi tidur lena selepas penyusuan.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan bersama Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
0 Comment For "10 Sebab Bayi Menolak Susu Ibu"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top