Love in Life

Powered by Blogger.

12 Cara Menghasilkan Susu Ibu Yang Berkualiti

Susu ibu memang tidak dinafikan lagi kehebatannya. Ternyata susu ibu adalah susu terbaik buat si comel. Namun itu tidak bermakna ibu boleh ambil enteng sahaja. 

12 TIP SUSU IBU BERKUALITI TINGGI

Untuk memastikan susu yang terhasil dijamin berkualiti, ibu haruslah 

Bagaimana menghasilkan susu ibu berkualiti tinggi

1) Sentiasa dalam keadaan sihat, tenang, relax dan tidak stres. Tubuh yang kurang sihat, fikiran yang terganggu dan bercelaru serta stress boleh mengganggu pengeluaran susu ibu.

2) Tidak mengeruhkan keadaan dengan sesiapa hanya kerana ibu mampu susukan bayi dan memandang ibu yang tidak boleh menyusukan bayi sebagai satu kesalahan besar. Sentiasa bersyukur dengan rezeki susu ibu yang Allah beri. 

3) Sentiasa aktif dan kekal cerdas. Apabila ibu aktif dan cerdas, badan akan lebih cergas dan bertenaga.

4) Punya hubungan baik dengan semua orang terutama suami. Apabila hubungan ibu baik, mood ibu pun baik. Ingat, pengeluaran susu ibu bergantung kepada hormon ibu. 

5) Nikmati kebahagian berumahtangga bersama cahaya mata dengan lebih baik dan gembira. Lalui detik suka duka, gembira, sedih, sayang dan marah membesarkan si comel dengan rasa syukur kerana ramai lagi wanita yang ingin menjadi ibu namun masih belum mendapat peluang. 

6) Tabah menghadapi ujian. Teruskan melangkah dan mohon pertolongan dariNya. Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya yang terbaik.

7) Tetap kekal cantik dan menawan supaya yakin diri dan gembira dengan diri ibu.  

8) Jaga pemakanan. Kebanyakan ibu menyusu makan ikut sempat sahaja asalkan perut kenyang. Ibu perlu menitikberatkan kualiti susu yang ibu berikan kepada si comel, bukan mengejar kuantiti semata-mata. 

Nutrisi dalam susu ibu juga perlu diambil berat. 

9) Cari waktu rehat. Gunakan masa yang ada sebaik mungkin. Dapatkan sokongan dan bantuan dari suami. Bekerjasama sebagai satu pasukan itu lebih indah.

10) Jangan hanya fokus kepada makanan yang banyakkan susu. Tetapi pastikan ibu makan secara seimbang.

11) Ambil makanan tambahan untuk pastikan ibu dapat cukup nutrien untuk menghasilkan susu yang berkualiti. 

12) Jangan abaikan kebajikan diri sendiri. Utamakan diri, inshaAllah keluarga ibu juga akan terjaga.

Nuha suka dan praktis utamakan diri sendiri dulu kemudian baru anak-anak. 

Pada Nuha, kalau Nuha selesa atau gembira, inshaAllah Nuha dapat berikan yang terbaik untuk keluarga. 

Kata pepatah Inggeris, "a happy family is a happy mom". 

Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi. Tetapi untuk pastikan si comel mendapat nutrien dan zat yang cukup dari susu ibu, ibu harus pastikan tubuh ibu mendapat diet yang seimbang.

Set penyusuan Shaklee memberikan nutrient lengkap untuk ibu menyusu bagi memastikan ibu kekal sihat, cergas dan jelita.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 
0 Comment For "12 Cara Menghasilkan Susu Ibu Yang Berkualiti"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top