Love in Life

Powered by Blogger.

Hebatnya Zikir "Ya Wahhab"

Pernah dengar zikir "Ya Wahhab" untuk jemput rezeki? Ya Wahhab adalah kalimah nama Allah yang membawa maksud maha pemberi. 

Assalamualaikum & hai. 

HEBATNYA ZIKIR "YA WAHHAB"

Boleh dikatakan semua leader group Nuha mengamalkan zikir Ya Wahhab ini dan mengajak kami semua untuk turut sama mengamalkannya. 

Ada juga Nuha dengar kalau kita nak dimudahkan cari tempat nak parking kereta boleh amal zikir ini juga. 

Nak dijadikan cerita semalam Nuha nak ke Hotel City Bayview Melaka untuk hadir ke Bengkel Nutrisi anjuran Shaklee. Dalam perjalanan ke sana Nuha doa-doa moga dimudahkan dapat tempat nak letak kereta dan tak putus-putus sebut Ya Wahhab. 

Sumber: google

Disebabkan tak biasa dengan kawasan tersebut, jadi perasaan nervous tu lebih lah sikit. Hehe. Sampai saja kawasan hotel terus mata melilau cari sign board parking. 

Senang hati Nuha dapat park kereta berdekatan dengan hotel. Tak jauh nak menapak. Waktu nak bayar sewa parking Nuha tanya pada aunty penjaga kawasan parking tu,

Nuha: Berapa aunty?
Aunty: RM5
Nuha: Ini boleh park sampai pukul berapa?
Aunty: Sampai pukul 5. You nak sampai pukul berapa? Tambah duit sikit lah.
Nuha: Sampai pukul 6. Saya ada program kat sana (tunjuk Hotel City Bayview).
Aunty: Tambah RM3.
Nuha: RM3? Boleh diskaun sikit ke Aunty?

Dalam hati cakap parking 9 pagi - 5 petang RM5. Tambah sejam kena tambah RM3. Mahalnya.

Aunty tu dah siap nak tulis resit. 

Aunty: You nak pergi sana park kat parking dalam hotel lah. Free saja.
Nuha: Oh ye ke aunty? Macam mana nak u-turn pergi masuk parking sana?

Aunty tersebut ajar pusing kiri pusing kanan dot dot dot cara nak u-turn untuk pergi semula ke hotel tersebut. Lepas ucap terima kasih Nuha pun masuk semula ke kereta dan mula bergerak untuk buat u-turn.

Tiba-tiba aunty tadi ketuk cermin kereta suruh ikut arahan beliau. Rupanya aunty tu nak tolong Nuha menyeberang jalan ke Hotel City Bayview tanpa buat u-turn. Beliau tolong tengokkan jalan hingga ada peluang Nuha pandu kereta dan terus menyeberang jalan menghala ke Hotel City Bayview.

Walaupun cara ini salah dari segi undang-undang, Nuha sangat terharu dengan bantuan yang Allah kirimkan. Nuha angkat tangan dan ucap terima kasih aunty, terus masuk ke kawasan parking hotel dan dapat letak kereta betul-betul depan lift. 

Betapa Nuha bersyukur dan merasa hebatnya kuasa zikir "Ya Wahhab" ni. 

Anda boleh cuba dan jadikan zikir "Ya Wahhab" ini sebagai amalan harian. InshaAllah. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
0 Comment For "Hebatnya Zikir "Ya Wahhab""

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top