Love in Life

Powered by Blogger.

Saat Kecewa Dengan Prestasi Diri

‎‏Apabila kecewa dengan prestasi diri, jangan sesekali mencela diri dengan kata-kata negatif, anggap diri kurang berguna, mengutuk diri sebagai bodoh, sial dan sebagainya, kerana Nabi bersabda bahawa Malaikat mendoakan kata-kata kita. 

SAAT KECEWA DENGAN PRESTASI DIRI

Setiap orang pasti melalui keadaan sukar dalam hidup. Di saat kecewa dan sedih, jangan sesekali mencemuh diri sendiri. 

Cukuplah berdoa kepada Allah SWT agar menambahkan prestasi, kualiti diri kita dan bukanlah menghina diri dengan kata-kata kutukan terhadap diri.

Itu bukan ciri rendah diri yang baik.

‎لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ إِلَّا بِخَيْرٍ فَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ يُؤَمِّنُونَ عَلَى مَا تَقُولُونَ 

‎‏Ertinya : Janganlah kamu mendoakan dirimu kecuali dengan baik kerana sesungguhnya Malaikat meng 'ameen' kan apa yang kamu katakan. (Sohih Muslim).

Sumber Google image
Keep calm and pray to Allah

Baginda Nabi turut mengajar kita pada setiap kali ditimpa musibah atau sesuatu yang tidak diingini supaya berdoa:

‎اللهم أجرني في مصيبتي واخلف لي خيرا منها 

Ertinya : Ya Allah, ganjarilah daku pada musibah yang menimpaku ini dan gantikan ia dengan yang lebih baik darinya.

Kredit: Dr Zaharuddin Abd Rahman

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan _penyusuan_susu_ibu
0 Comment For "Saat Kecewa Dengan Prestasi Diri"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top