Love in Life

Powered by Blogger.

Susu Ibu: 3 Posisi Tepat Menyusukan Bayi

Posisi menyusui bayi yang betul, samada bayi baru lahir, bayi kembar atau bayi pramatang sekalipun, kedudukan ibu dan bayi adalah faktor penting penyumbang kepada kelangsungan penyusuan susu ibu.

Assalamualaikum & hai. 

3 POSISI TEPAT MENYUSUKAN BAYI

Posisi menyusu yang betul berikan rasa selesa pada ibu dan bayi. 

Tubuh bayi haruslah rapat ke ibu dan mukanya bertemu dengan payudara ibu. Mulutnya haruslah berhampiran dengan puting dan kepala, leher dan belakangnya perlu dalam keadaan lurus. 

Belakang badan ibu juga perlu tegak, jangan membongkok. Gunakan bantal untuk bersandar jika perlu.

Posisi tepat menyusukan bayi

1. POSISI DAKAPAN

Posisi klasik dan menjadi kegemaran kebanyakan ibu. Ia membolehkan perut bayi dan perut ibu bertemu supaya ibu tidak perlu memusingkan kepala untuk menyusu. Kepala bayi berehat dalam dakapan ibu. 

Sokong belakang badan dan punggung bayi. Lengan bayi perlu berada di bahagian sisinya.

2. POSISI "FOOTBALL HOLD"

Posisi ini sesuai jika ibu baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, memiliki payudara yang besar, menyusukan bayi pramatang atau bayi yang kecil saiznya atau menyusukan anak kembar pada waktu yang serentak.

Sokong kepala bayi dengan tangan. Gunakan bantal untuk menyokong belakang badan Ibu.

3. POSISI BERBARING

Posisi ini sesuai apabila anda dan bayi rasa letih. Jika anda baru pulih daripada pembedahan ‘Cesarean’, ini mungkin satu-satunya posisi yang boleh anda cuba pada beberapa hari pertama. 

Sokong kepala anda dengan lengan. 
Sokong bayi anda dengan lengan atas.

Posisi menyusu penting dalam menjayakan proses penyusuan. Bagi memastikan ibu selesa dan bayi juga tenang dalam dakapan ibu.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
0 Comment For "Susu Ibu: 3 Posisi Tepat Menyusukan Bayi"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top