Love in Life

Powered by Blogger.

Tip Bisnes: Perkongsian Kejayaan Neelofa

Mengaku sajalah Nuha salah seorang peminat Neelofa. Meletup-letup Neelofa dan Fattah Amin dalam Drama Suri Hati Mr. Pilot. Walaupun dah lebih seminggu drama tersebut tamat, bahangnya masih belum reda. 

Assalamualaikum & hai. 

Neelofa dilahirkan dalam keluarga yang memang mempunyai DNA berniaga. Dari nenek moyang dan ibunya memang minat berniaga. 

PERKONGSIAN KEJAYAAN NEELOFA

Neelofa biasa membantu ibunya berniaga. Malah Neelofa pun mencuba bermacam-macam perniagaan seperti perniagaan kasut, jubah Neelofa dan contact lens sebelum meletop dengan tudung instant shawl.

PERJALANAN PERNIAGAAN NEELOFAR HIJAB

- Menubuhkan Neelofar pada tahun 2014.
- Menjalankan perniagaan 100% secara atas talian pada masa itu.
- Permulaan jualan, beliau hanya membuat 200 helai sahaja.
- Selepas mendapat sambutan, barulah mereka mula membuat jualan di bazar-bazar dan di expo-expo.

- Beliau mempunyai 800 agen yang berdaftar tetapi hanya 400 sahaja yang aktif. Sekarang telah membuat sistem yang lebih ketat untuk mencari agen yang berkualiti. 
- Apabila bertekad membuat bisnes beliau mahu fokus dan langsung tidak berlakon selama 3 tahun. Hanya memenuhi jemputan pengacaraan sahaja.

- Beliau menggunakan Bahasa Inggeris di website sehingga dapat jualan dari 37 buah negara. Jualan dari luar negara pada tahun lepas ialah 6 juta.
- Jualan dalam negara pada tahun lepas 50 juta.

- Hanya menjual 2 jenis hijab iaitu Instant Hijab dan Semi Instant Hijab. 
- Selepas 3 tahun tidak berlakon, beliau rasa perlu kembali membuat marketing melalui lakonan. Jadi beliau berjumpa Micheal Ang.

- Kebetulan Micheal Ang kata ada satu naskah dan setuju Neelofa jadi heroin drama tersebut iaitu Suri Hati Mr Pilot. 
- Selepas tahu sinopsis drama tersebut, beliau balik ke pejabat dan memanggil designer untuk mereka 3 jenis tudung yang mewakili 

(a) Warda semasa bujang 
(b) Warda selepas berkahwin 
(c) Warda selepas dapat anak 

- Ternyata percaturan beliau berjaya apabila jualan tudung warda meletop-letop sepanjang cerita Suri Hati Mr Pilot.

Neelofa dan Fattah Amin dalam Drama Suri Hati Mr. Pilot

PESANAN NEELOFA

Pesanan Neelofa kepada yang baru nak menceburi dunia bisnes

(a) Mesti tahu brand identiti yang ingin ditonjolkan. Logo, warna (beliau menetapkan tudung neelofar hanya menggunakan warna-warna pastel) cara copywriting (tentukan corak bahasa dari hari 1).

(b) Kena tahu siapa target market produk kita. 

(c) Pastikan produk kita berkualiti. Invest dalam photoshoot. Gambar mesti cantik.

(d) Gunakan pemasaran yang murah. Beliau mulakan dengan teknik marketing kos rendah. Hanya di FB dan Instagram.

(e) Pos banyak kali dalam sehari. Guna gambar yang berbeza-beza.

f) Bagi detail bagi setiap collection.
   
g) Beri info yang bermanfaat kepada pelanggan.
   
h) Membuat marketing dengan cara yang berbeza (terlalu banyak org buat tutorial, video dan sebagainya- tahun ini beliau buat marketing untuk koleksi hari raya secara drama ringkas bersiri) Mesti kreatif!

i) Manfaatkan sepenuhnya media sosial. 

Banyak input yang diperolehi daripada perkongsian Neelofa. Beliau memang berusaha keras untuk menjadikan bisnesnya seperti hari ini.

Nuha copy dan kongsikan disini untuk pembacaan anda. Semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripada pengkongsian kisah kejayaan Neelofa ini. InshaAllah.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481

0 Comment For "Tip Bisnes: Perkongsian Kejayaan Neelofa"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top