Love in Life

Powered by Blogger.

Warkah Buat Suami

Bakhtiar Fitri Hj Abdul Hamid: Aku Membesarkan Seorang Khalifah (AMSK)

WARKAH BUAT SUAMI
Bersama Ustaz Bakhtiar Fitri (UBF)

SUAMI
Binalah ketenangan dalam rumahtangga kerana ketenangan satu keberkatan.

SUAMI
Saat kamu meminta isteri mentaatimu, pastikan kamu benar-benar mentaati Allah.

SUAMI
Ketika kamu meminta kasih dan sayang, berilah dahulu kasih buat isterimu & sayang buat anakmu.

SUAMI
Isterimu sangat mengharapkan pimpinanmu. Mohonlah bantuan Allah untuk memimpin. Pasti kamu bahagia.

SUAMI
Bantulah isterimu menjadi wanita yang solehah. Bantulah isterimu mentaatimu. Supaya isterimu boleh masuk syurga daripada mana-mana pintu yang dia ingini.

SUAMI
Bertegaslah tentang aurat dan ibadah isterimu. Kerana kealpaanmu menyebabkan kamu juga diheret sama ke lembah kecelakaan.

SUAMI
Isterimu adalah satu daripada laluan syurgamu. Amanahlah mendidiknya supaya kamu melintasi titian sirot sepantas kilat.

SUAMI
Betapa berertinya isterimu saat kamu sakit. Tetapi kenapa bukan ketika kamu sihat.

SUAMI
Ketiadaanmu di rumah adalah kebimbangan isterimu. Dia bertanya bukan kerana dia cemburu tetapi kerana kasihnya kepadamu.

SUAMI
Kebahagiaan isterimu apabila kamu menyentuhnya dengan kasih dan sayang, menciumnya dengan kasih dan sayang serta berkata-kata dengannya dengan penuh kasih dan sayang.

SUAMI
Kata Saidina Umar R.A, jadilah seperti anak kecil ketika bersama dengan isteri dan anakmu. Santuni mereka seperti mana engkau mahu disayangi.

SUAMI
Bersabarlah dengan dugaan keluarga. Bijak dan hikmahlah menyelesaikan masalah. Jangan panjangkan perselisihanmu dengan isterimu. Kerana kemarahanmu menyebabkan isterimu hilang redha Tuhanmu.

SUAMI
Letakkan tanganmu pada wajah isterimu. Berikan masa untuk menatap wajahnya. Takut-takut inilah malam terakhir kamu bersamanya.

SUAMI
Urus dan pimpinlah isterimu dengan agama. Kerana dengannya kamu akan bahagia. 

WAHAI SUAMI
Moga perjalanan akhirmu diiiringi dengan doa dan kasih isterimu. 

Nuha copy dan paste buat bacaan semua terutama lelaki yang berstatus suami. Moga kita sama-sama mendapat sedikit manfaat dari perkongsian ini. 

InshaAllah.

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
0 Comment For "Warkah Buat Suami"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top