Love in Life

Powered by Blogger.

Susu Ibu: 6 Tip Sokongan Padu Seorang Suami

Suami tempat si isteri bermanja, dambakan perhatian dan bantuan. Selari dengan gelaran ketua keluarga yang diberikan, suami harus bijak dan peka dengan apa yang berlaku dalam rumahtangga.

Dalam proses penyusuan. Sokongan dan perhatian dari suami sangat memainkan peranan. 

SUAMI, BANTULAH ISTERIMU!


6 Tip suami sokong penyusuan susu ibu

Sebagai isteri, sangat bahagia jika suami dapat:

1) Sama-sama bantu menguruskan anak. Sebagai bapa baru mungkin kekok untuk melayan anak. Tapi suami boleh tanyakan pada isteri apa yang boleh abang bantu. Ia dah cukup buat hati si isteri berbunga bahagia.

2) Suami yang tidak cerewet. Sebagai ibu yang bekerja dan menyusukan. Ia memang sangat mencabar. Mahu uruskan urusan pejabat, urusan anak-anak, urusan susu, urusan rumahtangga.

Adalah membahagiakan jika suami faham situasi isteri dan tidak cerewet dengan hal remeh temeh.

3) Suami turut sama menggali ilmu penyusuan. Sekarang terlalu banyak blog yang bercerita tentang penyusuan. Suami juga boleh turut sama dalam kelas-kelas laktasi yang diadakan.

4) Beri bantuan kewangan. Belikan pam yang berkualiti untuk proses penyusuan si comel. Sekurang-kurangnya sebagai tanda terima kasih kepada si isteri atas pengorbanan mengandung dan melahirkan si comel.

Sentiasa ada apabila isteri memerlukan. Bukan bermakna isteri mahu berkepit 24 jam dengan suami. Tapi sebagai "sandaran" pada isteri apabila menghadapi masalah dalam penyusuan. 

5) Manjakan isteri. Tidak dinafikan, isteri yang menyusu tanpa mengambil sebarang supplement sangat meletihkan. Sebagai suami yang perkasa, anda boleh mengurut badan isteri yang keletihan semasa mengepam atau menyusu. 

Boleh juga hadiahkan isteri minuman tenaga seperti Energizing Soy Protein untuk pastikan si isteri kekal bertenaga dan ceria.

6) Hargai isteri. Peranan isteri sangat besar dalam rumahtangga. Suram isteri maka suramlah seisi rumah. Hargai mereka. Tidak salah seorang suami yang dikatakan sebagai tulang rusuk wanita ini menghargai insan yang sanggup berkorban bentuk badan mengandungkan si comel. 

Mungkin sebagai suami pada awalnya rasa sukar atau rasa tip di atas sebagai remeh. Namun percayalah ianya sangat membantu si ibu dalam proses menyusukan si manja. 

Ibu bahagia si comel kenyang gembira.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: nuha hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
0 Comment For "Susu Ibu: 6 Tip Sokongan Padu Seorang Suami"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top