Love in Life

Powered by Blogger.

Susu Ibu: Bagaimana Susu Ibu Terhasil?

Hebat sungguh ciptaan Allah. Diciptakan hanya wanita yang mampu mengandung, melahirkan serta menyusui bayi. Nuha sendiri diawal-awal bergelar ibu tertanya-tanya bagaimana susu ibu terhasil. 

BAGAIMANA SUSU IBU TERHASIL?

Bagaimana Susu Ibu Terhasil?

ALVEOLI

Ini adalah tempat di mana susu badan dihasilkan. Alveoli merupakan kelompok-kelompok kantung kecil seakan-akan buah anggur di dalam payudara ibu. Alveoli dikelilingi oleh otot-otot kecil yang menekannya untuk mengeluarkan susu masuk ke dalam duktul.

DUKTUL

Duktul ialah salur-salur kecil yang menyalirkan susu daripada alveoli ke dalam duktus susu utama.

DUKTUS SUSU

Ini adalah jaringan rumit salur-salur kecil yang membawa susu daripada duktul dan alveoli terus kepada si comel ibu. 

Bayangkan duktus susu ibu sebagai penyedut-penyedut minuman kecil yang kesemua hujungnya terletak di puting ibu dan menyalirkan susu ke dalam mulut si comel. 

Duktus ini membesar dan jumlahnya bertambah semasa ibu hamil. Ibu mungkin mempunyai kira-kira sembilan duktus dalam setiap payudara menjelang masa ibu mula menyusukan si comel. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi pengusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
0 Comment For "Susu Ibu: Bagaimana Susu Ibu Terhasil?"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top