Love in Life

Powered by Blogger.

5 Why Mengapa Menyusui Anak

Ada tak ibu yang merancang untuk tidak mahu menyusukan si comel? Kalau difikirkan secara logik, tiada ibu dalam dunia ini yang tidak mahu menyusui anak.

Setiap ibu pastinya mahukan yang terbaik untuk permata hati masing-masing. 

5 SEBAB MENGAPA SAYA MENYUSUI ANAK-ANAK

Mengapa saya menyusui anak-anak

Seperti ibu-ibu lain, Nuha juga memasang niat untuk menyusui si comel sejak doktor mengesahkan kehamilan. Entri ini Nuha kongsikan 5 sebab mengapa Nuha menyusui anak-anak.

1) KANDUNGAN NUTRIEN LENGKAP DALAM SUSU IBU

Antara sebab utama Nuha menyusui anak-anak adalah kerana susu ibu adalah 'hidangan' terbaik buat anak-anak Nuha dalam masa 6 bulan pertama selepas mereka dilahirkan. Susu ibu membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh bayi untuk membesar dan berkembang dalam masa 6 bulan pertama.

2) SUSU IBU KAYA DENGAN AIR

Hampir 88 % kandungan dalam susu ibu terdiri daripada air. Bayi tidak memerlukan air tambahan walaupun dalam keadaan cuaca panas. Susu ibu juga tidak membebankan buah pinggang bayi dan risiko untuk bayi sembelit adalah sangat rendah.

3) SUSU IBU MEMBERIKAN IMUNITI YANG OPTIMUM KEPADA BAYI


Susu ibu bermanfaat dalam membina sistem imun bayi. Semakin mantap sistem imun, semakin jarang atau kurang risiko si comel untuk jatuh sakit.

4) MENGURANGKAN RISIKO ALAHAN KEPADA BAYI

Alahan mungkin terjadi apabila berlaku ketidaksesuaian bayi terhadap susu formula/ makanan lain yang diberikan. Namun, ini tidak bermakna ibu menyusui boleh mengambil makanan dan minuman secara sesuka hati.

Bayi mungkin boleh mengalami sakit perut, kembung, atau alahan pada kulit jika alah pada sesuatu makanan.

Setiap makanan dan minuman yang ibu ambil akan sampai kepada bayi melalui susu ibu. Jika berkhasiat makanan yang ibu makan, maka khasiat makanan akan turut sama dirasai oleh si comel.

Pernah Nuha makan epal dalam kuantiti yang banyak sewaktu tempoh berpantang Luthfi Aduqa, bila Nuha rasa susu Nuha ada rasa epal.

5) SEDIA DIMINUM DAN MENEPATI KEPERLUAN BAYI

Susu ibu adalah sedia untuk diminum, sentiasa segar pada suhu yang terbaik dari payudara ibu terus kepada bayi tanpa bahan kimia, perasa dan pengawet tambahan. Adalah penting bagi ibu menyusui untuk mengambil makanan dan minuman yang seimbang dan berkhasiat demi menghasilkan susu yang berkualiti tinggi.

Set Menyusu Premium Shaklee dapat membantu ibu dalam menghasilkan susu ibu yang berkhasiat dan berkualiti.

MANFAAT PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA IBU

(Sumber: Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor)

Wanita yang menyusuI bayi dengan susu ibu boleh mengurangkan risiko:

1) Kanser Payudara dan kanser ovari

2) Patah tulang di usia emas

3) Pengekalan lemak semasa hamil mungkin boleh menyebabkan obesiti selepas bersalin

4) Anemia akibat pengecutan uterus yang lemah dan kedatangan haid yang awal

5) Jarak kehamilan yang singkat

Ibu yang menyusui bayi dengan susu ibu boleh membina hubungan yang lebih rapat dengan bayi. Saat ibu dan si comel bertentang mata semasa proses penyusuan adalah satu nikmat dan momen yang sangat indah.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
0 Comment For "5 Why Mengapa Menyusui Anak"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top