Love in Life

Powered by Blogger.

Bosan Seorang Suri Rumah

Pengalaman jadi suri rumah? Baru-baru ni ada seorang kawan bertanyakan soalan ini pada Nuha. 

Apa ya perasaan jadi suri rumah?

BOSAN SEORANG SURI RUMAH

Bosan seorang suri rumah 
(Gambar hiasan: Google)

"Ya Allah apa la perasaan tu ye kat rumah sehari-hari. Ya Allah Fiza (bukan nama sebenar) rasa nak pengsan. Bosan tak boleh cakap. Macam mana nak buat. Walau ada anak, duk main dengan dia pun, rasa terkurung kat rumah tu tak boleh blah. Nak menangis rasa."


Sebenarnya ini bukan kali pertama Nuha dapat soalan begini. Setiap kali diajukan soalan ni, Nuha senyum. 

Jawapan Nuha mudah. Nuha tak bosan, dan tak sempat pun nak rasa bosan. 

Aktiviti Nuha di rumah bukan hanya bangun pagi basuh baju, mandikan anak, masak, lipat kain, bersihkan lantai dan toilet dan main dengan anak je. Nuha ada tugasan tetap setiap hari sebagai seorang wanita yang bekerja dari rumah (Work at Home Mother - WAHM). 

Selain tugasan seperti yang Nuha senaraikan di atas, Nuha ada tugasan untuk kemaskini blog, tambah ilmu tentang produk dan nutrisi, berkongsi kebaikan produk kami dengan lebih ramai orang, beri konsultasi dan follow up para pelanggan, bimbing dan bina organisasi bisnes dan lain-lain tugasan di samping amalan-amalan menjemput rezeki yang dicadangkan oleh leader untuk Nuha amalkan. 

Jadi alhamdulillah, sepanjang duduk dirumah sehari-hari sambil menyelam minum air, Nuha tak sempat nak rasa bosan dan stress terperap di rumah. 

Sesekali, Nuha ikut serta kelas dan meeting yang dianjurkan oleh pihak syarikat atau para leader ataupun keluar buat serahan produk jualan (Cash on Delivery - COD) kepada pelanggan-pelanggan berhampiran.

Percaya tak, Nuha tak ada masa nak tengok tv. Jadi rumah kami tak ada tv. Hehe. 

Untuk para wanita yang bergelar suri rumah, yang rasa tertekan dengan rutin harian anda (mungkin dah biasa keluar bekerja tapi atas sebab tertentu berhenti kerja), Nuha mencadangkan untuk anda ada aktiviti tambahan dirumah. 

Buat aktiviti yang anda suka. Untung-untung boleh jana pendapatan dari aktiviti yang dibuat tu. 

Nuha pilih untuk berniaga secara atas talian dengan menjual produk Shaklee. Dengan berbesar hati, Nuha nak jemput para suri rumah yang memerlukan aktiviti tambahan untuk mengisi kekosongan waktu di rumah atau suri rumah yang teringin untuk ada duit poket sendiri untuk sertai organisasi bisnes Nuha. 

Menariknya bisnes Shaklee ini kerana ianya hanya memerlukan modal yang rendah untuk bermula, produk antarabangsa yang berkualiti tinggi dan telah dibuktikan berkesan, dan konsepnya yang mudah. 

Anda guna, anda rasa, dan anda kongsikan pengalaman anda merasai manfaat produk kepada orang lain. 

Moga entri ini bermanfaat kepada anda yang membacanya. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
Shaklee ID: 1017481
FB: Nuha Hayati
IG: rakan_penyusuan_susu_ibu
0 Comment For "Bosan Seorang Suri Rumah"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top