Love in Life

Powered by Blogger.

Hero Itu Suami Saya

Setiap dari kita mesti ada hero tersendiri. Biasa hero ni kaum Adam lah kan. Entri ni Nuha nak kongsi sikit tentang hero kami, Nuha dan anak-anak. 

Siapa lagi kalau bukan suami dan daddy kepada anak-anak Nuha. 

HERO ITU SUAMI SAYA

Sedangkan ada lipas pun Nuha sanggup kejut suami yang sedang tidur nyenyak (mujur tak kena marah), ini pulak hal-hal teknikal di rumah dan kebajikan kami sekeluarga. 

Hero itu Suami Saya

Suami jugalah tempat Nuha minta pendapat dan mengadu tentang bisnes. Walau kadang kala bertikam lidah, bagus juga dapat berdebat dengan pandangan masing-masing. 

Dalam bisnes Shaklee Nuha yang sudah masuk tahun keempat, suami tetap menjadi hero. 

Walau pun bukan setiap kali permintaan Nuha berkaitan bisnes diturutinya, suami Nuha tetap menyumbang pertolongannya yang tersendiri kepada Nuha. 

Ada kala suami tolong Nuha pergi Home Office Shaklee belikan produk yang customer pesan, tolong poskan produk kepada customer, tolong Cash On Delivery (COD) produk kepada customer pun ada. 

Itu tang tolong uruskan produk. Hero Nuha bagi jugak izin untuk sekali-sekala Nuha ber-me time hadir ke kelas yang leader anjurkan. 

Kadang-kadang kami sekeluarga sama-sama pergi ke ceramah kesihatan Shaklee. Part ni Nuha memang suka sebab secara tak langsung suami akan tambah pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan. 

Ada jugak suami Nuha sumbang customer. Dia buat sales!

Alhamdulillah, walaupun belum sokong Nuha 100%, sokongan-sokongan yang dah diberi pun Nuha dah senyum. 

Pesan leader team Nuha, "kita jangan pandang apa yang suami tak bantu, tapi syukurkan apa yang dia dah bantu". 

Mudah-mudahan akan datang dia akan lebih membantu kita dalam bisnes. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susi ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (call/ whatsapp/ telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah
1 Comment For "Hero Itu Suami Saya"

Thank you for sharing such a nice and interesting blog with us. Hope it might be much useful for us. keep on updating...!!
seo company in india
digital marketing company in india

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top