Love in Life

Powered by Blogger.

Ibu Bekerja: Bila Patut Buat Stok Susu

Bagi ibu-ibu bekerjaya yang ingin terus menyusui anak dengan susu ibu selepas habis cuti bersalin, isu susu ibu perahan (SIP) atau lebih familiar dalam Bahasa Inggeris sebagai Expressed Breast Milk (EBM) perlu diambil kira awal-awal sedari selepas bersalin lagi. 

IBU BEKERJA: BILA PATUT MULA BUAT STOK SUSU

Buat Stok Susu
Bila Ibu Patut Buat Stok Susu

Cuti bersalin adalah sangat berharga buat ibu bekerja untuk menghabiskan masa berkualiti bersama bayi. Ini termasukkan waktu untuk ibu menyusui bayi bagi memastikan permintaan (demand) dan pengeluaran (supply) susu ibu stabil sebelum ibu kembali bekerja. 

Buat Stok Susu
Bila Ibu Patut Buat Stok Susu
Ibu disarankan untuk fokus menyusui bayi secara terus (direct feeding) mengikut permintaan bayi sepanjang tempoh berpantang dan mula memerah/ mengepam SIP beberapa minggu sebelum kembali bekerja. 

Sebagai contoh; 

2 minggu sebelum tarikh ibu naik kerja semula, ibu boleh mula mengepam dan menyimpan SIP. Perah/ pam susu selepas bayi sudah disusui, sejuk dan bekukan mengikut panduan pengurusan SIP. 

Elakkan daripada memerah susu sebelum bayi anda disusukan kerana bayi mungkin tidak mendapat susu secukupnya pada satu-satu sesi penyusuan. 

Memerah susu selepas menyusui bayi juga bagus bagi memastikan payudara ibu betul-betul "kosong". 

Apabila payudara ibu dikosongkan dengan efisyen, signal akan dihantar untuk badan menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi. 

Sebagai tambahan, Nuha suka juga untuk menyarankan agar ibu memerah susu lebih awal dari tempoh 2 minggu sebelum naik kerja bergantung kepada keadaan tertentu seperti gap antara sesi penyusuan yang agak lama.

Ibu ambil peluang ini untuk memerah keluar susu dan simpan SIP tersebut untuk kegunaan bayi selepas ibu naik kerja kelak. 

Payudara perlu dikosongkan bagi memastikan pengeluaran susu ibu "maintain". 

Pastikan ibu mengambil makanan dan minuman yang seimbang dan berkhasiat bagi memastikan ibu fit sebagai seorang ibu yang menyusui. Pengambilan suplemen adalah sangat digalakkan untuk membantu ibu melengkapkan nutrisi yang diperlukan tubuh badan. 

Klik: Suplemen Ibu Menyusu

Ibu juga boleh mula memperkenalkan botol susu dengan memberikan SIP kepada bayi 2 minggu sebelum naik kerja. 

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada para ibu untuk terus memberikan susu ibu kepada bayi selepas habis tempoh cuti bersalin hingga dua tahun umurnya.

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, atau jika ingin mencuba Produk Shaklee bagi membantu penyusuan susu ibu anda kepada anak tercinta. 

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah
0 Comment For "Ibu Bekerja: Bila Patut Buat Stok Susu"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top