Love in Life

Powered by Blogger.

Resepi Enoki Tempura Senang Tapi Sedap

Nuha terliur tengok Master Wan Muliani buatkan enoki tempura untuk anak-anak bujangnya. Dalam hati cakap kalau buatkan Dahlea ni mesti laju je dia makan. 

RESEPI ENOKI TEMPURA KUDAPAN UNTUK ANAK-ANAK

Resepi enoki tempura

Selasa malam haritu kami ke Tesco Bandar Puteri Bangi beli sedikit barang basah. Nuha pun rembat 3 pek cendawan enoki. 3 pek je pun yang ada waktu tu. 1 pek harganya 99sen.

Petang Rabu Nuha pun mula cuba resepi enoki tempura ni. Senang ya amat cuma perlu 3 bahan je. 

BAHAN-BAHAN ENOKI TEMPURA

1) Cendawan enoki
2) Tepung Bestari
3) Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan enoki tempura

Master Wan Muliani guna tepung jenama Puas. Nuha guna tepung jenama Bestari. Tepung ni memang ada di rumah. 

Yang penting tepung ni pun tak payah nak celup tepung dulu. Boleh terus celup cendawan lepas tu goreng. 

CARA-CARA PENYEDIAAN ENOKI TEMPURA

1) Potong akar cendawan enoki. Relaikan cendawan jadi satu-satu (tak bergumpal-gumpal)

2) Rendam dan bersihkan cendawan enoki. Kalau ada Basic H boleh gunakannya untuk proses pembersihan. 

Cara penyediaan enoki tempura

3) Toskan lebihan air. 

4) Masukkan cendawan enoki ke dalam tepung Bestari. Golek-golek sampai tepung menyaluti rata cendawan enoki. 

5) Panaskan minyak dan boleh mula menggoreng sedikit demi sedikit cendawan enoki tadi. 

Goreng sedikit garing lepas tu makan panas-panas uhui sangat sedap. Suami puji sedap.

Esoknya Nuha repeat guna cendawan tiram pula. Sedap!

Kat sini Nuha kongsi sedikit info pasal tepung Bestari. Tepung Bestari ni best sebab sangat memudahkan kita nak menggoreng. Tak perlu celup dengan telur dulu. Terus golekkan apa yang nak digoreng dengan tepung Bestari dan terus terjunkan dalam kuali. 

Tepung Bestari ada 2 jenis. Biasa dan pedas. Kalau ada anak kecil eloklah para ibu pilih yang biasa je sebab yang pedas tu memang pedas. 

Dahlea menikmati enoki tempura

Kali ni Nuha guna tepung Bestari pedas. Dahlea memang mengadu pedas. Peluh-peluh makan enoki tempura. Sekejap-sekejap mintak nak air. 

Tu jelah resepi enoki tempura yang super senang tu. Bolehlah dijadikan jajan a.k.a snek untuk anak-anak. Selamat mencuba ya mommies!

Hubungi Nuha untuk konsultasi penyusuan susu ibu dan kesihatan, produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee. 

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

0 Comment For "Resepi Enoki Tempura Senang Tapi Sedap"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top