Love in Life

Powered by Blogger.

Kenangan Riang Ria Raya 2017

Syawal makin ke penghujungnya. Nuha nak ambil kesempatan ini untuk mengkompilasikan antara gambar-gambar Aldilfitri tahun ini sebagai kenangan.

GAMBAR-GAMBAR RIANG RIA RAYA 2017

Bermula dengan pagi 1 Syawal di rumah mak Nuha.


Balik dari Solat Sunat Aidilfitri dan bermaaf-maafan. Luthfi Aduqa tengah tidur jadi takda dalam gambar ni. 


Nenek dan Dahlea. Tahun ni untuk pertama kali Dahlea sama-sama dengan nenek ke masjid untuk Solat Sunat Aidilfitri. Seronok bukan main. Siap dapat duit raya kat masjid!


Family photo. Keluarga kecil Nuha. Rasanya ni best shoot kami untuk raya tahun ni. Hehe. Bolehlaaa.


Suami dan anak-anak.



Family group photo 1 - Nuha sekeluarga dengan mak, adik & suami dan adik lelaki. Ipar perempuan jihad bekerja di hari raya. Besar pahala mereka yang kerja disaat orang lain sedang bersama keluarga.

Abang & keluarganya beraya di rumah keluarga kakak ipar dulu.



Anak-anak Nuha & suami, Ez-Zahra Dahlea dan Luthfi Aduqa. Nampak tu kan muka baru bangun tidur Luthfi. 



Kasi can sikit Nuha dan suami selfie. Ini bukan pergi dating tau. Anak-anak ada kat seat belakang tu tengah tidur. 



Syawal hari ketiga (nampak tak kami dah recycle baju hari pertama haha). Family group photo 2 - beraya di rumah abah. Kali ni dengan family abang dan adik & adik ipar). 

Nuha ada anak buah kembar tau. Comel terlampau diorang tu. 



Dahlea dan sepupu-sepupu comel.



Geng emak-emak buat cubaan selfie. Mohon tidak dikecam.

Dari rumah abah, kami empat beranak terus ke Behrang (rumah ibu kandung mertua Nuha). 



Cubaan nak amek gambar keluarga dengan gambar latar yang lebih permai kononnya.



Ez-Zahra Dahlea mood bergambar tengah on. Elok je dia posing. 



Dahlea selfie dengan Mak Andak. 



Mak Lang ajak Dahlea selfie pulak.

Syawal ketujuh baru kami sekeluarga sebelah suami dapat berkumpul dan bergambar bersama. Waktu ni beraya di rumah Mak Uda belah suami. 



Family group photo 3 (family suami) - Tahun ni tema warna belacan. 

Family group photo 4 - Ni pulak gambar family abang & family adik lelaki dengan mak Nuha. Syawal hari keberapa Nuha pun dah tak ingat sebab tak berada di tempat kejadian. Hehe. 



Last sekali Nuha nak kongsi gambar lemang periuk kera yang Nuha makan masa kenduri berbuka puasa malam raya di rumah makcik. 



Ala lemang periuk kera macam dalam cerita upin & ipin tu. Adik ipar Nuha beli. Katanya lemang ni memang dijual tak ikut musim. 

Maksudnya tak raya pun tetap ada dijual. Harganya dari RM1 - RM2 kalau tak silap Nuha. Bergantung pada saiz periuk. Jangan tanya kat mana kedai lemang ni dijual. Nuha memang tak tanya lanjut kat adik ipar. Nuha makan je haha.

Semoga kami sekeluarga terus diizinkan Allah untuk bertemu Ramadan dan Syawal tahun-tahun mendatang. 

Amin. 

*Baju raya Nuha, suami dan anak-anak by Zeerynee Studio, Klang. 

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah

0 Comment For "Kenangan Riang Ria Raya 2017"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top