Love in Life

Powered by Blogger.

Pengalaman Ngeri Akaun Face Kena Hack Dan Tip Yang Anda Mesti Tahu

Akaun media sosial kena hack boleh diibaratkan macam kapal terbang yang kita jadi pilotnya, tiba-tiba kapal terbang tu kena rampas. Cemas dan menakutkan.

PENGALAMAN AKAUN FB DI-HACK DAN TIP BERKAITAN YANG PERLU ANDA TAHU

Cerita ni Nuha dah kongsi di FB. Entri ini Nuha tulis semula untuk bacaan para pengunjung blog pula. 

Tip Elak Akaun FB Kena Hack

Isnin lepas akaun FB Nuha kena hack. Disebabkan ramai juga yang bertanya macam mana akaun FB Nuha kena hack malam tu, jadi Nuha nak cerita sikit kronologi kejadian panik tu dan beri sedikit tip yang boleh diambil guna terutama untuk geng bisnes online. 

Lepas Maghrib malam tu Nuha tergerak hati nak tengok FB. Ada banyak notifications baru. Ada likes, tak kurang ada juga yang komen post Nuha. 

Nuha klik notification kat orang komen gambar Nuha. Nak tengok orang tu komen gambar yang mana satu. Tup tup yang keluar gambar iklan Rayban. 

 "Eh, bila masa aku upload gambar ni?"

Cepat-cepat Nuha pergi tengok profile sendiri. Ya Allah, ada 1 Untitled Album dengan 85 poster iklan Rayban dan setiap gambar tu ada ditag ramai-ramai kawan FB Nuha. 

Tengok-tengok album tu dimuat naik 7 minit dari masa Nuha on FB.

Alhamdulillah tak terlalu lama sebelum Nuha perasan benda pelik ni.

Cepat-cepat Nuha pergi cari setting post tu nak delete album. Tak ada button delete this album!

"Sah aku kena hack ni". 

Terus Nuha on laptop untuk akses FB terus dari sana sambil sebelah tangan buat panggilan ke seorang kawan untuk minta khidmat nasihat. Dia suruh cepat-cepat tukar password sebelum hacker tu lebih mengganas dan take over tukar password akaun FB Nuha.

Kalau dia lagi cepat tukar password, memang tak ada yang dapat diselamatkan lah kalau dah jadi macam tu. 

FB cari makan okey. Semua orang tahu Nuha jual Shaklee tetiba upload iklan Rayban dah kenapa. Siap tag ratus-ratus orang lagi. Serius laju jantung berdegup waktu tu. 

Mujur ingat password semasa dan berjaya tukar ke password baru. Masih ada rezeki Nuha dengan akaun FB sendiri. 

Lepas tukar password, Nuha re-login akaun FB, usha kat album Rayban tadi dan buat cubaan untuk padam album Rayban tu. Alhamdulillah berjaya. 

Jadi ini sedikit tip sebagai langkah berjaga-jaga untuk anda semua:

TIP MENGURANGKAN RISIKO FB DI-HACK

1) Set password yang tak cathy. Contohnya warna bulu kucing jiran uols yang bongsu, atau gunakan simbol sebagai pasword.

2) Limitkan akses FB di tempat awam.
Contohnya login FB di Cyber Cafe, library awam.

3) Limitkan penggunakan wifi percuma di tempat-tempat awam seperti di restoran, kedai mamak, hotel dan lain-lain.

TIP BILA AKAUN FB KENA HACK

1) Pertama sekali kena amek nafas dan bertenang. 

2) Tukar password dengan segera. 
Kadang-kadang tengah kalut setting untuk tukar password pun dah tak jumpa. Bawak mengucap. 

Kalau ada laptop guna laptop. Akses guna laptop lebih mudah. Minta bantuan suami/ kakak/ adik tolong carikan setting. 

3) Last sekali tawakal dan doa semoga kita lebih cepat tukar password daripada si hacker itu. 

Moga kisah ini bermanfaat untuk anda. Sharelah supaya lebih ramai FBkers lebih alert dengan fenomena Rayban's hacker ni. Dengar kata ramai juga yang dah kena dengan si dia tu.  

Nuha
017-4991289 (Call/ Whatsapp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah
0 Comment For "Pengalaman Ngeri Akaun Face Kena Hack Dan Tip Yang Anda Mesti Tahu"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top