Love in Life

Powered by Blogger.

5 Tip Bantu Anda Pilih Sumber Protein Terbaik

Anda tahu kan apa yang kita makan bukan setakat akan beri kita rasa sedap dan kenyang, tapi bagi kesan kat tubuh badan juga. Kat sini Nuha kongsikan 5 tip untuk pilih sumber protein terbaik.

5 TIP BANTU PILIH SUMBER PROTEIN TERBAIK


Tip Memilih Sumner Protein Terbaik

1) Protein Tumbuhan vs Protein Haiwan

Pilihlah protein yang berkhasiat dan yang lebih sihat. Kita digalakkan untuk memilih sumber protein daripada tumbuhan sebagai sumber protein harian. 

Bukan maksud tak boleh makan ayam, daging tu semua. Boleh, tapi kena kawal. 

Protein haiwan kebanyakannya mengandungi bahan-bahan kimia merbahaya. Contohnya kita tak tahu apa yang dicucuk dalam haiwan tu, lembu tu diberi makan apa kita tak pasti. Kadang-kadang ikan yang kita beli tu (contohnya ikan sungai) kita tak tahu diberi makan apa. 

Bila kita masak ikan, daging, ayam tu semua sumber amino asid pun akan berkurang/ menurun. Kita takkan dapat 9 asid amino lengkap yang badan perlu.

2) Kandungan Kolesterol Tinggi vs Kandungan Kolesterol Rendah

Sumber protein tumbuhan mempunyai tahap kolesterol yang macam mana? 

Pengambilan protein daripada sumber tumbuhan lebih selamat sebab daripada aspek kolesterol, protein tumbuhan tidak mengandungi kolesterol.

3) Kandungan Lemak Tinggi vs Kandungan Lemak Rendah

Protein yang kandungan lemaknya rendah terdapat dalam protein berasaskan tumbuhan. Kandungan lemak dalam protein tumbuhan lebih rendah berbanding protein berasaskan haiwan. 

Protein berasaskan haiwan mempunyai kandungan lemak tepu dan lemak trans yang tinggi. Jadi risiko kepada penyakit adalah lebih tinggi berbanding pengambilan protein daripada sumber tumbuhan. 

Antara sumber protein tumbuhan seperti kekacang, biji-bijian, tauhu dan bijian penuh adalah antara sumber protein sihat tanpa lemak yang berlebihan.

Walau bagaimanapun, macam Nuha beritahu tadi bukannya kita tak boleh makan ikan, ayam, daging tu semua. Boleh, cuma kena kontrol. Pilihlah protein tumbuhan sebagai sumber protein harian untuk dapat asid amino yang lengkap.

4) GMO vs Bukan GMO

GMO bermaksud Genetic Modified Organisme. Maksudnya kat sini organisme yang telah diubah secara genetik. Contohnya seperti masukkan hormon, mengubah DNA supaya tahan lama dan tak cepat rosak, supaya haiwan tersebut besar dengan cepat dan sebagainya.

Kebanyakkan haiwan dan tumbuhan yang dikomersialkan adalah GMO. Jadi penting sangat untuk ibu pilih sumber protein yang tiada GMO.

Produk GMO dikaitkan dengan pelbagai risiko dan tak diketahui apa akan berlaku pada masa akan datang sebab kita ambil makanan yang dah tak semulajadi dan dah diubah secara genetik. 

Jadi pemilihan  makanan non GMO adalah sangat penting.

5) Sumber Protein Semulajadi vs Sumber Protein Diproses

Anda nak sumber semulajadi ke atau nak sumber yang dah diproses? Maksud semulajadi kat sini bila suatu sumber makanan tu diproses takde letak bahan lain, tak letak pengawet, tak diproses pada suhu tinggi, dan yang paling penting tak diproses dalam keadaan yang boleh merosakkan sumber protein tu sendiri.

Jadi, kita ambil makanan berkhasiat dan seimbang (untuk kali ni isu protein)  bukan untuk pastikan kita cukup kenyang dan untuk sedap tekak semata-mata, tapi kena jugak pastikan sumber yang kita ambil tu selamat dan berkualiti.

PROTEIN TERBAIK UNTUK ANDA DAN KELUARGA

ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee merupakan satu-satunya produk dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.


ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee 

Satu hidangan ESP Soy Protein Isolate Powder bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh badan manusia.  

Promosi ESP Soy Protein Isolate Powder: Anda Layak Nikmati 5% Diskaun

Hubungi Nuha untuk konsultasi kesihatan dan produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (Call/ WhatsApp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah
0 Comment For "5 Tip Bantu Anda Pilih Sumber Protein Terbaik"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top