Love in Life

Powered by Blogger.

Sel Badan Sihat, Sokongan Padu Polifenol dalam Vivix

Sel yang sihat dapat dilihat antaranya melalui kulit yang cantik, sistem imunisasi yang kuat dan rambut yang sihat.

APA SEBENARNYA TERJADI APABILA SEL DALAM BADAN TIDAK SIHAT?

Sel yang tidak sihat selalunya disebabkan oleh penuaan sel yang dipanggil 'aging'.

Sel Badan Sihat Rahsia Tubuh Badan Sihat

Penuaan sel akan menyebabkan gejala-gejala seperti letih, kedutan dan garisan halus serta kulit kusam, mudah jatuh sakit, metabolisme rendah yang boleh mengakibatkan kenaikan berat badan, dan sel otak yang kurang sihat akan menyebabkan minda/ memori yang lemah.

4 FAKTOR PENYEBAB SEL TIDAK SIHAT

1) KERAP TERDEDAH KEPADA SINARAN UV

Walaupun kita bekerja di dalam bangunan, atau seorang suri rumah yang jarang sekali keluar rumah, UV akan tetap menembusi dinding dan simen rumah. 

Penggunaan lampu di rumah turut menghasilkan UV.

2) STRESS

Bebanan kerja yang berlebihan boleh mengakibatkan tekanan kerja. Balik dari kerja seseorang mungkin berhadapan kesesakkan jalan raya, berhadapan dengan isu keluarga, dan pelbagai situasi pengundang stress yang boleh mengakibatkan sel-sel dalam badan tidak sihat. 

3) PENCEMARAN

Masalah pencemaran, bahan-bahan kimia dari peralatan di rumah seperti shampoo dan sabun mandi yang kita gunakan setiap hari juga memberi risiko kepada sel yang tidak sihat.

4) GAYA HIDUP/ DIET YANG TIDAK SIHAT

Makanan bergoreng terutamanya akan menghasilkan radikal bebas dalam badan kita. Akibatnya radikal bebas ini akan menyerang sel-sel badan yang sihat dan boleh menyebabkan sel-sel sihat ini mati.

Kunci kepada sel badan yang sihat adalah polifenol.

APAKAH POLIFENOL?

Polifenol adalah sejenis anti oksidan yang kuat. Ia dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan secara semulajadi. Fungsi polifenol dalam tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan ini adalah untuk memberikan warna kepada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.

Contohnya buah anggur berwarna ungu, buah oren bewarna jingga dan epal bewarna merah. Semua ini disebabkan oleh polifenol. Polifenol memberikan warna yang cantik kepada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan dengan tujuan melindungi mereka daripada penyakit dan jangkitan kuman. 

Kajian menunjukkan polifenol semulajadi dari tumbuh-tumbuhan ini dapat memberikan manfaat kepada kesihatan badan. 

Sebagai contoh; polifenol melindungi dan memperbaiki DNA dalam sel badan kita, dapat membantu dalam merangsang potensi sel, dan melambatkan pembentukan AGE protein.

INFO: Advance Glycation End Products (AGEs). Ia akan terbentuk apabila gula dalam badan kita bertindak balas dengan dengan lemak atau protein. AGE Protein adalah salah satu faktor utama yang mencetuskan penyakit kronik seperti diabetis dan kanser. 

Disamping itu, polifenol juga menyokong untuk meningkatkan tenaga sellular dengan menyokong proses perbaharui sel badan. 

Manfaat lain polifenol seperti menggalakkan kesihatan telomere (bahagian hujung DNA bagi sel badan kita).

Kajian menunjukkan bahawa bagi mereka yang mempunyai jangka hayat yang panjang, mereka selalunya mempunyai telomere dalam sel yang sangat panjang berbanding individu yang sakit atau individu yang terlibat dengan pengambilan ubat-ubatan untuk jangka masa panjang.

FUNGSI POLIFENOL KEPADA TUBUH BADAN

1) Menyokong Paras Gula dalam Darah yang Sihat

Manfaat Polifenol dalam Menyokong Gula dalam Darah (Gambar: FB Shaklee Malaysia)

Kajian menunjukkan polifenol dari tumbuh-tumbuhan menyokong paras gula dalam darah dengan cara seperti berikut:

Polifenol menyokong dalam mengawal penyerapan glukos selepas pengambilan makanan. Ia dapat meningkatkan sensetiviti insulin supaya insulin dapat menukarkan glukos kepada tenaga dalam masa yang lebih singkat. 

Polifenol menyokong dalam merangsang rembesan penghasikan insulin dengan lebih awal. Maknanya, sebelum anda makan, insulin sudah bersedia di dalam badan. Sebaik sahaja makanan diambil, gula dalam darah stabil dan tidak akan naik dengan mendadak. 

Ia juga memperbaiki penguraian insulin untuk memastikan paras gula yang sihat. 

2) Menyokong Kesihatan Kulit

Polifenol membantu dalam melindungi kulit dari kerosakkan UV, mengurangkan penuaan pramatang dan pembentukan kedutan. 

Apabila polifenol melindungi kulit kita daripada kerosakkan sinaran UV, secara automatik tanda-tanda penuaan seperti pegmentasi, garisan halus dan kulit kusam akan berkurang. 

Bagi individu yang suka sun bath (berjemur dibawah pancaran matahari), anda akan nampak kulit mereka biasanya banyak pigmentasi dan garis halus disebabkan oleh UV yang merosakkan struktur kulit.

Polifenol juga menyokong penghasilan kolagen. Sinaran UV akan masuk ke dalam struktur kulit. Bahagian kedua kulit, iaitu dermis sangat penting kerana ia diperkaya dengan elastin dan kolagen. 

Polifenol dalam Menyokong Kesihatan Kulit (Gambar: FB Shaklee Malaysia)


Kedua-dua ini sangat membantu dalam menyokong kulit supaya kulit kita tegang. Sinaran UV akan masuk terus hingga ke lapisan dermis dan selalunya akan merosakkan lapisan kolagen dan elastin. 

Jadi apabila kita mengamalkan polifenol, ia akan menjaga sel kulit dari sinatan UV. Secara automatik kulit akan kaya dengan kolagen yang baru, menjadikan kulit nampak muda, berseri dan halus. 

3) Menyokong Kesihatan Jantung

Banyak kajian saintifik menunjukkan polifenol boleh meningkatkan kesihatan jantung yang mana polifenol ini dapat mengurangkan keradangan pada salur darah. 

Polifenol dalam Menyokong Kesihatan Jantung (Gambar: FB Shaklee Malaysia)

Selalunya masalah kesihatan seperti strok dan serangan jantung adalah disebabkan oleh keradangan di saluran darah.

Polifenol membantu untuk menggalakkan lapisan salur darah yang sihat, menggalakkan tekanan darah yang sihat dengan mengekalkan keanjalan salur darah. Apabila salur darah mempunyai keanjalan yang bagus, ia dapat mengawal tekanan darah kita dengan lebih baik.

Manfaat Polifenol kepada Kesihatan Jantung (Gambar: FB Shaklee Malaysia)

Polifenol juga menyokong dalam nengekalkan kadar pembekuan platelet yang sihat. Sekiranya pembekuan platelet tidak normal, ia akan menyumbat dan mengganggu peredaran darah dan boleh mengakibatkan masalah seperti strok dan serangan jantung.

APAKAH BAHAN SEMULAJADI YANG DAPAT MEMBERIKAN CAMPURAN POLIFENOL YANG BERMANFAAT KEPADA BADAN KITA?

Anggur Muscadine, Polygonum Cuspidatum, lobak ungu dan Elderberi Eropah - Campuran 4 bahan ini memberikan campuran polifenol yang sangat berkuasa di mana ia dapat membekalkan resveratrol dan 15 jenis polifenol yang lain.

4 bahan semulajadi yang terkandung dalam Vivix (Gambar: FB Shaklee Malaysia

Kuasa 4 jenis bahan ini dapat memberikan campuran polifenol yang 10 kali ganda lebih berkuasa berbanding dengan resveratrol dalam wain merah yang biasa. 

Mengikut kajian, 4 jenis tumbuhan ini adalah kunci untuk mengaktifkan jangka hayat yang lebih panjang dengan cara melambatkan penuaan sel dalam badan kita. 

Vivix Shaklee Gabungan 4 Tumbuhan Memberikan Campuran Polifenol 

Vivix mempunyai campuran daripada 4 bahan semulajadi. 

Promosi Vivix Bulan Dismember 2017 bangun

Hujung tahun ini, Shaklee menawarkan promosi yang sangat-sangat istimewa. Beli 6 percuma 1 dan juga beli 2 botol Vivix dapat 5% diskaun. Anda juga boleh tambah dengan 1 red hot cooler bag.

Belian atas Belian - Red Hot Cooler Bag

Setiap pembelian 2 botol Vivix 5% diskaun anda kayak membeli 2 cooler bag, belian 6 botol percuma 1 botol anda boleh beli sehingga 6 cooler bag. 

Jangan lepaskan peluang ini sebab promosi ni hanya untuk bulan Disember 2017 sahaja. 

Hubungi Nuha untuk konsultasi kesihatan dan Produk Shaklee, atau jika ingin menambah pendapatan dengan Shaklee.

Nuha
017-4991289 (Call/ WhatsApp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah
0 Comment For "Sel Badan Sihat, Sokongan Padu Polifenol dalam Vivix"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top