Love in Life

Powered by Blogger.

Darah Beku Dalam Pantang Punca Kematian Mengejut

Ramai beranggapan demam, sakit pada betis dan sakit dada atau rasa penat berlebihan ketika berpantang disebabkan tidak mendapat rehat secukupnya. Jangan pandang remeh situasi seperti ini.

DARAH BEKU DALAM PANTANG

Bagi wanita yang mempunyai tanda ini mereka dinasihatkan tidak mengambil mudah. Segera berjumpa doktor kerana ada kemungkinan anda diserang embolisme paru-paru atau darah beku dalam saluran darah menuju paru-paru. 

Menurut Pengarah Perubatan, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi Dr. Habibah Abd Ghani, keadaan ini berlaku kerana ketika mengandung darah menjadi lebih pekat daripada biasa. 

Hormon wanita hamil akan merangsang lebih protein yang memekatkan darah. Tujuannya untuk melindungi wanita daripada mengalami keadaan tumpah darah selepas bersalin. 

Kematian mengejut
Darah Beku dalam Pantang

Selain itu janin yang semakin membesar akan menghimpit saluran darah utama menyebabkan aliran darah kurang lancar. 

"Jika wanita tidak sedar dan merasakan ia perkara biasa, lama-kelamaan darah beku berkumpul dengan lebih banyak dan besar pada bahagian kaki. Ini akan menyebabkan berlakunya trombosis vena atau penggumpalan darah dalam salur darah vena.

Pesakit akan menunjukkan tanda bengkak kaki secara tiba-tiba dan mengadu sakit pada betis ketika berjalan. Sekiranya ia tidak dirawat, darah beku pada saluran darah kaki ini akan pecah pada bila-bila masa.

Darah beku yang lebih kecil ini akan bergerak mengikut aliran darah hingga ke saluran darah ke paru-paru, menyebabkannya tersumbat serta boleh mengakibatkan kematian," katanya.

Walaupun kejadian ini jarang berlaku, menurut Dr. Habibah, ia boleh menyebabkan kematian secara mengejut. Malah dalam kebanyakan kes, ia hanya dapat disahkan selepas bedah siasat dijalankan. 

"Kebanyakan wanita kurang mengambil tahu mengenai masalah ini kerana ia jarang didedahkan. Ia menjadi faktor mengapa isu ini selalu dipandang ringan oleh ramai orang. 

Tetapi, perlu diingat kebanyakan mangsa menemui maut sebelum sempat sampai ke hospital," katanya.

Artikel asal: Siti Zarinah Sahib
Harian Metro 12 Oktober 2017

*Ada lagi sambungan artikel ni tapi Nuha jumpa page yang ini je tadi.

Moga kita semua diberi kesihatan yang baik sepanjang kehamilan, melahirkan, berpantang, menyusukan dan membesarkan anak-anak. 

Nuha
017-4991289 (Call/ WhatsApp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah
3 Comment For "Darah Beku Dalam Pantang Punca Kematian Mengejut"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top