Love in Life

Powered by Blogger.

Kemana Hala Tuju Blog Nuha Hayati dan Kelahiran Anak Ketiga

Nuha tahu berbulan-bulan blog ni tak berjaga. Tak ada pertambahan entri baru. Renew domain setiap tahun tapi pengisian entri sangatlah sikit. 

Hai & Assalamualaikum. 

TERKINI TENTANG NUHA

Walaupun tak berkemaskini tak bertambah entri baru, blog ini masih ada pengunjungnya. Nuha nak ucap terima kasih pada anda yang sudi singgah ke blog Nuha. 


Bulan lepas ada lebih 4 ribu page views. InshaAllah lepas ni Nuha akan aktif berblog semula. Terima kasih kepada semua yang menyokong Nuha selama hampir 8 tahun Nuha di alam blog ni. 

Sekadar berkongsi, keluarga kecil Nuha dah bertambah sorang lagi. Nuha selamat melahirkan seorang lagi anak perempuan pada 17 September 2018 yang lepas di Hospital Sungai Buloh, Selangor. 

Nuha dapat rasa sekali lagi bersalin secara normal walaupun pada asalnya bayi dalam kandungan Nuha berposisi songsang. Ada masa dan kerajinan nanti Nuha kongsi cerita kandungan songsang ni ya.


Anak ketiga ni baru suami Nuha dapat peluang jadi peneman di bilik bersalin. Rezeki kami suami isteri. Merasa juga akhirnya. Kami sepakat beri nama Hayfa Seroja binti Aziz Zariff. Hayfa dalam Bahasa Arab bermaksud rupawan. Seroja pulak macam kita semua tahu nama bunga. 

Nantikan entri-entri lain daripada Nuha. Lagi satu perkara untuk yang mungkin ramai belum tahu. Nuha ada 1 akaun WordPress yang Nuha fokus penulisan tentang penyusuan susu ibu. Jemput ya singgah ke susubonda.wordpress.com

Tentang Shaklee pula, Nuha masih bergerak aktif sebagai pengedar sah Shaklee. Cuma sekarang ni Nuha buat servis penghantaran (COD) untuk kawasan Kuala Selangor. Ya, Nuha sekarang pengedar Shaklee Kuala Selangor.

Orang Kuala Selangor boleh contact Nuha ya. Kepada yang berminat nak tambah pendapatan dengan Shaklee, dan nak sertai team Nuha. Kecil tapak tangan nyiru Nuha tadahkan. 

Suami Nuha pula buat kerja part time dengan Coway Malaysia sebagai Health Planner. Kalau rumah anda masih belum ada penapis air, boleh hubungi suami Nuha dapatkan penapis air Coway untuk rumah anda/ ibu bapa hari ini juga. (En. Aziz - 0126354797)

Rasanya tu saja update terkini dari Nuha. Jumpa lagi di entri lain. 

Nuha
017-4991289 (Call/ WhatsApp/ Telegram)
FB: Nuha Hayati
IG: nurul_hayati_hanisah


0 Comment For "Kemana Hala Tuju Blog Nuha Hayati dan Kelahiran Anak Ketiga"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top