Love in Life

Powered by Blogger.

4 Sebab Best Awak Mesti Join #TeamJutawan

Syukur sangat Nuha daftar keahlian Shaklee di bawah #TeamJutawan. Tidaklah maksudnya masa Nuha isi borang keahlian Shaklee tu Nuha tanya kat upline "ini saya join #TeamJutawan ke?". Bukan macam tu. Masa tu Nuha tak tahu apa pun pasal #TeamJutawan. Pernah dengar pun tidak.

4 SEBAB BEST AWAK MESTI JOIN #TEAMJUTAWAN

Betullah kata orang tua-tua dulu, tak kenal maka tak cinta. Asalnya Nuha join Shaklee sebab ambil suplemen untuk penyusuan badan dan Nuha nak potongan harga istimewa untuk ahli.

Baca: 4 Kisah Kejayaanku dalam Shaklee

Bila dah menjebakkan diri dengan syarikat jualan langsung, tentu-tentu upline kenalkan dengan semua upline dalam organisasi Shaklee yang Nuha join ni.

Oh, Team Jutawan. Semua dalam ni Jutawan agaknya? 

Itu pertama sekali yang terlintas dalam kepala Nuha bila dengar pasal #TeamJutawan. Tapi yelah elok kan kita sebut benda-benda baik sebab semuanya adalah doa. Mana tahu Allah angkat doa kita yang ini jadi kenyataan. Best gila Alhamdulillah.

1- #TEAMJUTAWAN GABUNGAN MASTER COORDINATOR

Di dalam #TeamJutawan ada 10 Orang Master Coordinator. Mereka semuanya terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ada yang berlatar belakang bidang kejuruteraan, ada yang terlibat dengan syarikat penyelidikan, ada yang daripada bidang undang-undang dan pelbagai lagi. Kesemua mereka dahulunya menjalankan perniagaan Shaklee secara part time dan sekarang kesemua mereka menjalankan perniagaan Shaklee secara sepenuh masa.

Master Coordinator dalam #TeamJutawan Diketuai oleh
Presidential Master Nur Laila Mukhtar (4 dari kiri)
Apa itu Master Coordinator?

Master Coordinator merupakan pangkat tertinggi dalam perniagaan Shaklee. Setiap seorang daripada Master Coordinator perlu melepasi 6 pangkat terlebih dahulu sebelum sampai ke pangkat tertinggi ini. Turutannya begini:

Pengedar - Pangkat Supervisor - Pangkat Senior Supervisor - Pangkat Coordinator - Pangkat Senior Coordinator - Pangkat Key Coordinator - Pangkat Senior Key Coordinator - Pangkat Master Coordinator. 

Disebabkan Master Coordinator ini semua terdiri daripada pelbagai bidang, banyak benda yang kami boleh belajar dan bertukar-tukar pendapat. Setiap daripada Master Coordinator dalam #TeamJutawan ada kelebihan dan kepakaran masing-masing.

Orang kata berdua lebih baik, tapi kalau kita dapat berjemaah jadi satu kumpulan yang mantap itu memang terbaik. 

 2- #TEAMJUTAWAN DITERAJUI PRESIDENTIAL MASTER NUR LAILA MUKHTAR 

Dalam sebuah kapal akan ada seorang nakhoda yang mengetuai kapal. Nakhoda yang akan menentukan kemana arah tuju kapal, kemana destinasi persinggahan dan kemana destinasi akhir kapal dan semestinya nakhoda kapal seorang yang hebat, berwibawa, berdedikasi dan cekap dalam pengurusan kapalnya.

Sama juga macam nakhoda kapal, #TeamJutawan diterajui oleh Presidential Master Nur Laila Mukhtar. Dibawah kepimpinan Presidential Master Laila, kami punya misi yang sama dan bergerak di dalam kumpulan besar yang sama ibarat satu pakatan besar. Berganding bahu dan menyokong satu sama lain.

Tak ada istilah aku dengan team aku, kau dengan team kau. #TeamJutawan adalah sebuah keluarga besar Shaklee.

Baca: 3C Janjikan Bisnes Shaklee Luar Biasa

3- MASTER NUR LAILA MUKHTAR TERIMA 2 KALI ANUGERAH PRESIDENTIAL

Syarikat beri pengiktirafan sebagai Presidential Master Coordinator apabila seseorang Master Coordinator melahirkan sekurang-kurangnya 2 orang Master Coordinator di bawah organisasi perniagaannya dalam tempoh 1 kitaran perniagaan (1 business cycle).

Salah satu pencapaian terbesar Master Nur Laila adalah beliau telah menerima anugerah Presidential Master sebanyak dua kali!

Hebat bukan dan sangat membanggakan apabila Nuha turut berada di bawah susur galur organisasi beliau. Nuha yakin dengan sifat kepimpinan Master Nur Laila akan melahirkan lebih ramai Master Coordinator #TeamJutawan dan salah seorangnya sudah pastinya Nuha.  

4- #TEAMJUTAWAN PAKAR DALAM DETOX

Sebelum ni Nuha ada tulis entri tentang Program Jom Detox Jutawan kan? Kalau awak nak tahu, salah satu kepakaran #TeamJutawan adalah dalam program detox. Ada banyak rekod kejayaan detox daripada #TeamJutawan.

Baca: Kelebihan Jom Detox Jutawan

Nuha bersyukur sangat ditakdirkan untuk berada di dalam #TeamJutawan dan Nuha yakin bila awak sertai Nuha dan kita sama-sama di dalam #TeamJutawan, #TeamJutawan akan jadi lebih hebat daripada ini. Hubungi Nuha untuk pertanyaan lanjut tentang bisnes Shaklee dan sertai Team Excellenters bersama-sama Nuha di bawah payung besar #TeamJutawan.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289 
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati
0 Comment For "4 Sebab Best Awak Mesti Join #TeamJutawan"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top