Love in Life

Powered by Blogger.

Detox Untuk Kurus Tapi Hakikatnya Dapat Lebih Lagi!

Banyak manfaat lain yang awak boleh dapat dengan berdetox selain daripada kurus. Sebenarnya masih ramai yang masih salah anggap kononnya bila sebut detox je mesti sebab nak kurus. Bukan macam tu tau. Kalau awak betul-betul faham konsep detox tu sendiri, dah tentu-tentu sekarang juga awak akan whatsapp Nuha untuk daftar penyertaan Program Jom Detox Jutawan Batch 16.0! 

DETOX UNTUK KURUS TAPI SEBENARNYA AWAK DAPAT LEBIH LAGI!

Sebelum ni Nuha ada tulis topik detox untuk kurus kan? Awak boleh baca di entri ni.

Baca: kenapa Perlu Detox Jika Nak Kurus

Hakikatnya selain daripada kurus, kita boleh nikmati macam-macam lagi nikmat dunia pada tubuh badan! Nuha kongsikan 6 lagi kelebihan berdetox.

6 Manfaat Detox Selain Kurus
6 Lagi Manfaat Detox Terbongkar


DETOX MELEGAKAN RASA KEMBUNG DAN SEMBELIT (KOLON YANG LEBIH SIHAT)

Usus (termasuk kolon) membawa sisa daripada tubuh badan. Namun, sebahagian daripada sisa ini seperti makanan yang diproses, kurang serat dan telah diperhalusi, serta lemak yang tidak sihat ini boleh terkumpul secara perlahan-lahan dan membuatkannya tersumbat.

Pengumpulan toksin ini biasanya mengakibatkan kesan seperti berat susah diturunkan dan kita akan berasa kembung dan yang lebih teruk lagi ia akan mengakibatkan risiko mudah mendapat penyakit kolon dan juga kanser kolorektum.

Kolon merupakan sistem sistem kumbahan pada badan dan ia perlu dibersihkan serta dikosongkan bagi memastikannya berfungsi seperti biasa. Dengan berdetox, kita boleh membersihkan kolon dan bukan sahaja melegakan masalah sembelit, detox juga mendorong kepada sistem pencernaan yang lebih sihat serta membuang sisa dan bahan kimia dari tubuh.

DETOX MEMBERI TENAGA

Tubuh badan kita mempunyai organ yang melakukan detox dengan sendiri secara semulajadinya bagi membuang toksin, namun ia memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi. Jumlah tenaga yang digunakan bergantung kepada jumlah toksin yang diproses itu sendiri.

Kekurangan tenaga akan mengakibatkan badan cepat berasa letih dan ini merupakan tanda bahawa tubuh badan dipenuhi dengan toksin. 

Dengan berdetox akan membantu dalam menyokong organ-organ detox untuk mengeluarkan toksin, memberikan tubuh lebih tenaga dan stamina agar kita dapat buat pelbagai aktiviti yang lebih menyeronokkan.

Baca: 5 Testimoni Bukti Kejayaan Program Jom Detox Jutawan

BERDETOX MENGURANGKAN NAFSU MAKAN

Membersihkan tubuh daripada toksin yang tidak sihat serta menggantikannya dengan makanan bernutrisi tinggi akan memberi signal kepada minda untuk menginginkan makanan yang sihat dan bernutrisi. Haa ini dambaan ramai kan.

Awak boleh dah ucapkan "selamat tinggal" kepada kafein, gula dan lemak! Ataupun sekurang-kurangnya kata "hai" kepada keinginan kepada pilihan makanan yang lebih sihat.


KULIT LEBIH CANTIK SELEPAS BERDETOX

Kulit merupakan organ luaran terbesar dan ia melambangkan kesihatan dalaman tubuh badan. Kulit membantu dalam pembuangan toksin dan kotoran dengan cara berpeluh.

Detox Mencantikkan Kulit Wajah
Kulit Lebih Sihat Berseri Selepas Detox
Gambar dari: edtreatmentplan.com

Apabila sistem serta kelenjar peluh dipenuhi dengan toksin, ia akan mendorong kepada pelbagai kondisi kulit yang tidak sihat dan ini termasuklah jerawat.

Kalau toksin terkumpul lebih cepat daripada ianya dibuang, lebih tinggi juga jumlah toksin yang terkumpul dalam darah. Dengan berdetox dapat membuang toksin daripada badan dan apabila ia tidak lagi tekumpul, perubahan ketara akan dapat dilihat pada kulit.

Siapa yang tidak sukakan kulit yang bersih, licin dan glowing kan?

DETOX MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI

Radikal bebas sentiasa cari peluang untuk dekat-dekat dan rosakkan sel-sel dalam badan. Keadaan ini akan mendedahkan tubuh badan kita kepada toksin yang membuatkannya dapat membiak secara bebas. Radikal ini akan berusaha keras untuk merosakkan sistem imunisasi kita dan mengakibatkan keradangan.

Detox dapat membantu tubuh badan untuk menghindari toksin maka ia tidak membantu dalam membiakkan radikal bebas, malah badan kita akan lebih fokus dalam memperkukuhkan lagi sistem pertahanan semulajadinya.

Baca: Bagaimana Nak Join Program Jom Detox Jutawan

TIDUR LEBIH LENA SELEPAS DETOX

Toksin terutamanya logam berat akan mengganggu keseimbangan sel normal dan menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas juga akan mengakibatkan hormon tidur meningkat dan mengganggu corak tidur. Adakalanya boleh mendorong kepada masalah insomnia!

Melalui detox, logam berat berlebihan dalam sistem badan dapat disingkirkan dan membantu badan untuk "re-set" corak tidur dan kita akan menikmati tidur yang lebih lena seterusnya mendapat rehat yang berkualiti.

Tudia mula-mula ingat kan detox untuk turunkan berat je. Sekali dapat 6 lagi manfaat daripada detox. Untung sangat. Nuha pasti awak dah makin faham tentang konsep detox dan makin teruja nak join Program Jom Detox Jutawan 16.0. Hubungi Nuha sekarang untuk pendaftaran Program Jom Detox Jutawan yang akan bermula 1 Oktober depan. Daftar cepat sebelum penyertaan penuh! Tempat adalah terhad.

Program Jom Detox Jutawan
Daftar Jom Detox Jutawan sekarang! 

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati
1 Comment For "Detox Untuk Kurus Tapi Hakikatnya Dapat Lebih Lagi!"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top