Love in Life

Powered by Blogger.

Kenapa Orang Muda Kena Mulakan Bisnes Dari Awal

Kalau awak pernah terfikir untuk mula menjual sesuatu ataupun berbisnes, awak sebenarnya tidak berseorangan. Sama ada awak terfikir nak jual benda baru paling canggih dan viral sekali dalam dunia ataupun menjadi pemandu Grab Car, peluang yang ada akan sentiasa terbuka dan tak akan berkesudahan. Apa yang memisahkan "usahawan" daripada usahawan itu sendiri adalah TINDAKAN. Suatu idea yang bernas tak akan bernilai jika tidak disertakan dengan tindakan.

KENAPA ORANG MUDA KENA MULAKAN BISNES DARI AWAL?


Jadi bila agaknya masa terbaik untuk memulakan sesuatu bisnes? Adakah selepas bertahun-tahun pengalaman berkhidmat di sebuah syarikat? Ataupun selepas selesai semuanya urusan membina dan menguruskan keluarga?

Kelebihan Bisnes Shaklee
Bila paling sesuai untuk mulakan bisnes?
Gambar dari: pngmart.com

Sebenarnya, tak ada peraturan tetap pun dalam menentukan masa paling sesuai untuk kita mulakan bisnes. Tapi, ada banyak sangat kelebihan jika kita mulakan sesuatu bisnes pada awal usia.

Nuha kongsikan 4 sebab kenapa kita perlu mulakan bisnes dari awal pada usia muda.

1- CEPAT MENEMUI KEGAGALAN, SERING GAGAL DAN GAGAL AWAL!

Benda ni banyak disebut dalam ucapan motivasi. Kita perlu gagal untuk berjaya. Kegagalan tu satu proses untuk berjaya. Ya, kita mungkin akan menemui banyak episod kegagalan sebelum berada di puncak kejayaan.

Apabila dah tahu "lumrah" yang ni, jadi satu keperluan kita berguru macam mana nak hadapi kegagalan dengan baik. Memang perit bila sampai masanya bisnes jatuh. Nuha sendiri dalam bisnes Shaklee dah merasa saat jatuh tersungkur. Bagusnya bisnes Shaklee bila Nuha jatuh Nuha tak keseorangan. Nuha sentiasa ada uplines dan #TeamJutawan yang menyokong dan hulurkan tangan membantu untuk Nuha bangkit semula.

Baca: 4 Sebab Best Awak Mesti Join #TeamJutawan

Itulah pentingnya kenapa perlu gagal di usia muda. Cepat gagal dan selalu gagal tu penting, tapi gagal awal tu kuncinya. Selepas melalui kegagalan besar untuk kali pertama, episod-episod kegagalan seterusnya akan jadi lebih mudah.

2- ORANG MUDA BIASANYA KURANG KOMITMEN

Orang muda biasanya kurang tanggungjawab. Masih belum berkeluarga, tak banyak benda yang perlu difikirkan, tak ada komitmen tetap yang perlu diselesaikan setiap bulan ataupun kot-kot ada yang lebih untung kalau ada insuran perubatan yang masih ditanggung oleh mak ayah.

Memulakan suatu bisnes ni kita sebenarnya dah ambil satu risiko yang besar. Selain isu kewangan, bisnes memerlukan 110% komitmen masa.

Ingat dulu masa Nuha baru habis belajar, baru mula kerja. Walaupun dah sibuk dengan kerja tapi masih ada masa nak dibuang dengan kawan-kawan, tengok wayang, berjalan sana-sini. Seronok memang seronok tapi sekarang ni rasa rugi sangat sebab Nuha tak guna masa dengan betul.

Sekarang semakin ramai student yang dah ada kesedaran dan mula bisnes walaupun belum tamat pengajian lagi. Ambil contoh rakan-rakan Shaklee Nuha je, berapa ramai pelajar universiti yang jana pendapatan dengan berbisnes Shaklee. Walaupun secara sambilan, ada yang capai income RM7000 sebulan!

Boleh tanggung yuran pengajian sendiri tak perlu buat pinjaman, ada duit poket lebih, boleh hulur duit dah pada mak ayah dengan income Shaklee. 

Baca: 3C Janjikan Bisnes Shaklee Luar Biasa

3- ASET JANGKA MASA PANJANG

Jika suatu bisnes berjalan dengan baik, bisnes tersebut boleh menjadi aset jangka masa panjang terbaik kita. Pulun sehabis baik sekarang untuk dapatkan pendapatan pasif 10 hingga 30 tahun akan datang.

Kalau awak umur macam Nuha sekarang ni, paling baik mula bina aset jangka masa panjang dari sekarang. Memang mencabar tapi percayalah membina aset jangka masa panjang ni suatu yang sangat berbaloi.

Jadi mulakanlah bisnes seawal yang boleh dan mulakannya sekarang!

4- NIKMATI DUNIA SEBENAR

Memulakan sesuatu bisnes adalah cara terbaik untuk belajar tentang "dunia sebenar". Tak ada guru atau pengurus yang beritahu apa yang kita perlu buat. Kita perlu cari idea sendiri, pelan pemasaran, bayar pekerja dan macam-macam lagi. Bila buat silap, tak ada siapa-siapa yang "back up". Semua ini tak ternilai dengan duit dan hanya boleh diperolehi daripada pengalaman.

Sebelum-sebelum ni Nuha ada juga cuba buat bisnes sambilan jual tudung dan jahit baju. Memang menarik sebab semua tu Nuha minat. Tapi semuanya Nuha kena buat sendiri. Terkejar-kejar uruskan semua benda sendiri lepas dari waktu kerja.

Tapi Nuha bersyukur sangat sebab Nuha dilorongkan untuk cuba bisnes Shaklee 6 tahun lepas lebih-lebih lagi Nuha fokus secara atas talian (online). Boleh dikatakan komitmen Nuha 90% secara online saja. Buat merketing online, uruskan pesanan pelanggan secara online, tak perlu keluar pergi pos pesanan pelanggan. Nuha ada uplines untuk pandu Nuha dalam bisnes ni, ada support group online lagi.

Tambahan sekarang Nuha ada team Nuha sendiri iaitu Team Excellenters.

Baca: 4 Kisah Kejayaanku Dalam Shaklee

Untuk muda-mudi semua, masa terbaik untuk mulakan bisnes adalah sekarang - semasa masa muda. Hubungi Nuha untuk pertanyaan lanjut tentang bisnes Shaklee dan sertai Team Excellenters bersama-sama Nuha di bawah payung besar #TeamJutawan.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289 
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati
0 Comment For "Kenapa Orang Muda Kena Mulakan Bisnes Dari Awal"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top