Love in Life

Powered by Blogger.

Master Sharifah Farina Mentor Bisnes Saya

Kata guru motivasi perniagaan kalau nak buat sesuatu biarlah bermentor. Boleh je kalau nak bergerak secara solo, tapi siap sedia nak langgar tembok kegagalan banyak kali. Dalam bisnes Shaklee, Nuha ada barisan uplines yang sentiasa menyokong dan membantu Nuha setiap kali Nuha perlukan bantuan.

MENTOR BISNES SAYA

Entri kali ini Nuha nak berkongsi sebuah kisah kejayaan daripada upline Nuha sendiri iaitu Master Sharifah Farina binti Syed Abu Bakar. Beliau bermula sebagai pengedar Shaklee pada Bulan Ogos 2012 dan mencapai pangkat tertinggi dalam Shaklee (Master Coordinator) selepas 17 bulan bersama Shaklee iaitu pada Bulan Januari 2014.

Mari baca kisah beliau.

"Ogos 2014 akan jadi ulang tahun kedua saya bersama Shaklee. Seperti pengedar-pengedar Shaklee yang lain, saya tak pernah merancang untuk bergiat secara serius dalam bisnes Shaklee memandang saya hanya menggunakan produk-produk Shaklee untuk tujuan peribadi. Tapi selepas 17 bulan bersama Shaklee, saya bergelar seorang Master Coordinator!


Master Sharifah Farina & Syed Shamsul Fauzi
Master Sharifah Farina & Syed Shamsul Fauzi

Apakah pekerjaan impian awak? Setiap individu tentunya ada pekerjaan impian masing-masing. Kerjaya impian saya agak klise iaitu nak kerja di sebuah syarikat korporat dengan pendapatan lima angka, berpakaian smart smart, bermesyuarat sana sini dan jumpa orang.


Selepas tahun kesepuluh saya bekerja di salah sebuah syarikat GLC tempatan, saya mula tanya pada diri sendiri apa pencapaian saya setakat ini, berapa banyak telah saya "balas balik" pada insan-insan yang saya sayangi dan apa perubahan besar yang telah saya lakukan? 

Tapi saya rasa tiada. Tidak banyak. Kerana kewangan tidak mencukupi. Masa tidak mencukupi.

Saya ambil keputusan untuk untuk berubah demi masa depan saya dan keluarga dan saya perlu keluar daripada zon selesa dan dapatkan duit lebih. Dari detik ini bermulalah kisah cinta saya bersama Shaklee.

Mentor-mentor saya selalu tekankan kami supaya beri usaha terbaik untuk bisnes Shaklee selama setahun dan lihat hasilnya lepas setahun adakah hidup saya akan berubah? Saya masih ingat perasaan saya sewaktu terima bonus pertama dengan Shaklee sebanyak RM70, saya rasa sangat bersyukur sebab saya dapat RM70 income tambahan tu atas rahmatNya. Allah kata dalam Surah Ibrahim, "jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan beri lebih lagi". 


Syukur Alhamdulillah, selepas setahun saya dapat bonus 5 angka pertama saya.

Ramai lupa yang setiap orang dalam Shaklee bermula daripada rank distributor tanpa seorang pun downline. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Dengan ketabahan dan usaha, ianya tidak mustahil. Jangan pernah memandang rendah pada diri sendiri sebab setiap orang ada peluang yang sama untuk bergelar Master Coordinator.


Mentor Shaklee Terbaik
Master Sharifah Farina & Syed Shamsul Fauzi terima
anugerah semasa Shaklee National Conference

Mindset yang positif dan fokus secara konsisten sangat penting. Leader-leader kita dah beri banyak panduan dan tip dalam kumpulan sokongan. Ianya terpulang kepada individu masing-masing untuk bertindak, duplikasi apa yang mentor buat dan tambah baik mengikut aspirasi sendiri. 

Setiap yang ingin dicapai dalam hidup ini ada cabarannya. Di saat kita berhenti daripada menerima cabaran itulah detiknya kita berhenti daripada terus kehadapan. Kita akan kehadapan bila kita belajar untuk berhadapan dengan kesukaran. Sebab utama saya untuk terus kuat adalah dengan sentiasa ingatkan diri sendiri semua push factor saya dan semangat saya untuk membantu orang lain.

Momen-momen yang buat saya rasa semua ni sangat berbaloi dalam setiap pahit dan manis ialah bila melibatkan perubahan hidup.

Saya secara rasminya bergelar Work At Home Mother (WAHM) sejak Julai 2014 dan ianya salah satu keputusan penghargaan dalam hidup saya, dan saya sedar yang saya sedang hidup dalam kerjaya yang saya idam-idamkan dalam perspektif yang lebih baik.

Terima kasih Allah atas segala rahmatNya. Saya juga bersyukur atas doa, cinta dan sokongan daripada suami, 2 orang anak lelaki dan juga ahli keluarga lain. Tanpa mereka, saya tak akan jadi seperti saya hari ini. Saya sangat terhutang budi dengan mentor-mentor bisnes yang banyak membimbing saya. Akhir kata kepada semua keluarga Shaklee saya, cipta matlamat dan bermimpi besar. Tak ada yang lebih membahagiakan selain melihat anda semua mencapai impian.


IMPIAN BUKAN SUATU YANG DILIHAT DALAM TIDUR, TETAPI IMPIAN SUATU YANG MEMBUATKAN KITA TAK TIDUR

Satu yang Nuha pandang pada mentor bisnes Nuha ni ialah beliau selalu tegas dalam setiap yang dibuat, terus pandang kedepan tanpa menoleh lama apa orang nak kata. Ini yang buat Nuha hormat dan kagum dengan Master Farina.

Nuha sempat bergambar dengan Master Sharifah Farina
di Shaklee National Conference 2019

Perkenalan antara Nuha dan Master Farina bukan satu kebetulan. Ia suatu suratan terbaik daripada Allah untuk Nuha. Alhamdulillah syukur atas pertemuan dan ikatan Shaklee ini. Allah tidak semestinya kirim darah daging kita sendiri untuk "merubah" kita, ada kalanya entah dari mana langsung kita tak kenal boleh jadi "insan penting" yang merubah hidup kita. Allahu Akhbar.

Semoga entri hari ini dapat beri sesuatu kepada awak yang membacanya. Bagi yang berminat untuk sertai Nuha dan Team Excellenters kehadiran awak sentiasa dialukan. Awak tak akan pernah terlambat untuk buat perubahan dalam hidup. Hubungi Nuha untuk mulakan Shaklee Lifestyle awak sekarang!

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289 
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati
0 Comment For "Master Sharifah Farina Mentor Bisnes Saya"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top