Love in Life

Powered by Blogger.

7 Sebab Kenapa Suri Rumah Wajib Buat Bisnes

Sebagai salah seorang yang bergelar suri rumah sepenuh masa dan ibu yang bekerja dari rumah (Work At Home Mother - WAHM) sejak 6 tahun lepas, Nuha sangat menyokong supaya semua para suri rumah wajib buat bisnes. Tak perlu pandang bisnes terlampau jauh kedepan pasal modal ribu-ribu, lokasi bisnes. Ikut kata Simon Sinek "Dream big. Start small. But most of all, start".

7 SEBAB KENAPA SURI RUMAH WAJIB BUAT BISNES

1) JADI WANITA YANG LEBIH PRODUKTIF

Ada suri rumah rasa seronok uruskan keluarga dan anak-anak di rumah, ada juga yang balik-balik mengadu dia bosan sangat duduk rumah. Mengadap anak-anak, mengadap baju-baju, periuk belanga je hari-hari. Paling dahsyat pun pegang telefon layan media sosial tengok resepi-resepi viral untuk dicuba.

Suri Rumah Wajib Buat Bisnes
Gambar dari: momprepares.com

Apa kata puan-puan beri sedikit komitmen setiap hari untuk bisnes pula. Paling mudah bisnes online saja. Cuba 2 jam sehari setiap hari. Nanti puan-puan akan nampak hari awak semua makin padat dengan aktiviti. Takdelah rasa bosan duduk di rumah. Lebih-lebih lagi 2 jam yang diperuntukkan tu dapat beri pulangan duit. Bestnya!

2) PUNYA INCOME TAMBAHAN

Duduk rumah kalau ada income tambahan seronok kan? Banyak perkara kita boleh buat dengan income tambahan tu. Boleh ajak suami dan anak-anak berjalan balik kampung lebih kerap, hujung-hujung minggu pergi staycation ke. Bonding seisi keluarga.

Jangan terkejut ada ramai suri rumah buat bisnes mampu hulur duit pada mak ayah kat kampung hasil titik peluh bisnes. Nikmatnya.

3) SIMPANAN

Jom mulakan semula amalan menyimpan duit macam zaman kita bekerja dulu. Siapa kata suri rumah tak boleh buat simpanan kan. Simpan di Tabung Haji, ASB, ataupun tabung di rumah saja.

Boleh buat tabung set periuk idaman contohnya. Label siap-siap bekas tabung tu "Tabung Periuk Vantage" contohnya. 

4) GANJARAN KEPADA DIRI

Ganjaran untuk diri sendiri atau "self reward" ni Nuha tak cerita banyak pun semua tahu dah. Sebagai seorang wanita walaupun suri rumah terutamanya yang sepenuh masa berada di rumah, keinginan nak berhias bercantik-cantik sekali sekala tu tetap ada.

Apa salahnya 4 tahun sekali beri reward beg tangan berjenama kat diri sendiri. Boleh senyum sorang-sorang walaupun sekadar diri sendiri yang beri hadiah.

Suri rumah pun ada keinginan nak melaram juga. Jangan halang keinginan itu. 

Jadi mana nak dapatkan peruntukkan untuk beli hadiah best-best ni?

Dengan bisnes lah awak. Kalau kita sendiri mampu lakukannya tak perlu tunggu suami hadiahkan dah. Boleh beli hadiah best ikut selera dan budget sendiri. Takde dah bila berjalan kat mall terpandang barang yang kita suka, kita pegang lepas tu letak balik. Ada duit sendiri boleh je beli apa yang kita mahu.

5)BISNES SALAH SATU CARA BERSOSIAL

Bersosial kat sini tidak bermaksud berfoya-foya melanggar batas seorang isteri. Selain setiap hari bergaul dengan anak-anak je, apa kata tambah rangkaian bersosial dengan orang luar juga melalui bisnes.

Nuha akui sejak menjalankan bisnes Shaklee secara atas talian (online) ni, kenalan Nuha makin bertambah. Kita berbisnes bukan sekadar urusan jual beli semata-mata, tapi lebih daripada itu. Ukhwah.

Pelanggan menjadi kawan. Tambah lagi kenalan di kalangan rakan bisnes Shaklee. Nuha dapat berkenalan dan bercampur dengan orang-orang yang positif dan produktif.

6)BANTU EKONOMI KELUARGA

Bisnes juga boleh jadi salah satu cara untuk suri rumah bantu meningkatkan ekonomi keluarga. Jangan pandang bisnes mesti nak kena untung juta-juta. Kita tak tahu dengan income RM200 hasil bisnes online dapat menampung belanja dapur sebuah keluarga.

Belajar mulakan bisnes secara kecil-kecilan. Usaha tanpa jemu dan berdoalah. Hasilnya menanti dihadapan.

Nuha suka ajak suri rumah buat sama-sama Bisnes Shaklee macam Nuha. Selain sangat mudah dan fleksibel, modal permulaan juga rendah. Semua suri rumah boleh mulakan Bisnes Shaklee bila-bila masa saja, Nuha bersedia tolong guide awak dari mula sampai awak boleh uruskan bisnes sendiri.

7) SUNNAH NABI

Allah dah kata 9 daripada 10 punca rezeki datang daripada berniaga. Berniaga juga salah satu sunnah Nabi yang bila kita buat, kita dapat pahala. Duit dapat, pahala pun dapat. Jom kita sama-sama lakukan sunnah nabi yang ini.

Hubungi Nuha sekarang kepada yang berminat nak mulakan bisnes Shaklee sama macam Nuha. Dream big. Start small. But most of all, start. Awak mampu lakukannya.

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati
0 Comment For "7 Sebab Kenapa Suri Rumah Wajib Buat Bisnes"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top