Love in Life

Powered by Blogger.

Big Why Saya Buat Bisnes Shaklee

Semua orang ada sebab tersendiri bila melibatkan sesatu keputusan dan tindakan dalam hidup terutamanya keputusan yang beri impak besar. Ramai orang hebat-hebat panggil sebagai Big Why.

BIG WHY SAYA BUAT BISNES SHAKLEE

Secara jujurnya Nuha tak pernah rancang untuk buat bisnes Shaklee. Merancang untuk buat bisnes tu ada, tapi bukan bisnes Shaklee. Nuha pernah tolong kawan jual tudung masa mengandungkan anak pertama dulu. Kemudian ada juga seorang kawan lama ajak buat bisnes jual bengkung yang memerlukan Nuha untuk buat pinjaman peribadi mencecah RM20 000.

Tengok macam mudah dan wow sangat, tapi bila melibatkan pertambahan hutang awal-awal lagi Nuha dah tolak dengan cara baik.

Lepas bersalin Nuha ditakdirkan ada masalah penyusuan. Nuha dipertemukan dengan Shaklee atas sebab masalah penyusuan. Alhamdulillah produk-produk Shaklee banyak membantu menyelesaikan masalah Nuha dalam penyusuan.

Baca: Kesihatan Saya Lebih Baik Dengan Shaklee

Nuha kembali menjadi job hunter lepas masalah penyusuan Nuha setel. Beberapa kali Nuha pergi interview kerja, setiap kali pergi interview Nuha minta tolong ibu saudara suami tolong jagakan anak.

Walaupun interview kerja tak makan masa seharian, tapi sepanjang tempoh beberapa jam tu Nuha asyik teringatkan anak. Terbayangkan muka dia, bau dia, suara dia. Sampai satu hari sebelum pergi interview Nuha dapat kemalangan kecil melibatkan kerosakkan pada bahagian kereta. 

Nuha terfikir adakah ini petanda untuk Nuha tidak keluar rumah bekerja?

Ditambah lagi dengan rasa paranoid bila Nuha tinggalkan anak di bawah jagaan orang lain menjadikan Nuha lebih berat hati untuk kembali ke dunia pekerjaan. Pada masa yang sama Nuha dah mula teruja dengan #ShakleeEffects Nuha dan mula berkongsi pengalaman Nuha mengamalkan produk-produk Shaklee pada kawan-kawan. Sedar tak sedar Nuha dah mula dapat income daripada Shaklee!

Bila Nuha mula kaji secara serius peluang pendapatan yang Shaklee tawarkan, Nuha makin bersemangat nak pulun habis-habisan dengan Shaklee. Ini peluang yang Allah beri untuk Nuha tak berenggang dengan anak-anak.

Baca: Rahsia Capai Bucket List Dengan Incentive Trip Shaklee

Secara jujurnya, anak-anak adalah big why Nuha buat bisnes Shaklee.

Walaupun dunia bisnes ni ada pasang-surutnya, tapi alhamdulillah Nuha masih di sini dan masih setia dengan Shaklee. Sungguh Nuha rasa lebih selesa bila anak-anak ada di bawah jagaan Nuha sepenuhnya walaupun Nuha akui Nuha ibu yang serba kekurangan dan setiap hari masih lagi bertatih untuk menjadi ibu yang lebih baik.

Nuha sangat kagum dengan wanita bergelar ibu yang begitu hebat menguruskan emosi berjauhan dengan anak-anak dibawah jagaan orang lain. Allahu Nuha tidak sekuat itu.

Kelebihan Bisnes Shaklee
Big Why Nuha Buat Bisnes Shaklee

Dengan anak-anak sebagai Big Why, InshaAllah selagi diizinkan Allah Nuha akan terus gigih mencari rezeki melalui Shaklee. Semoga niat suci Nuha ini Allah lapangkan seluas-luasnya rezeki Nuha melalui bisnes Shaklee.

Baca: 4 Kisah Kejayaanku Dalam Shaklee

Orang bisnes ni banyak main emosi. Bukan setiap masa kami di atas, bukan setiap masa juga semangat berkobar-kobar. Sampai saat Nuha rasa jatuh paling bawah, Big Why inilah yang memandu Nuha untuk bangkit. Anak-anak. 

Semua yang membaca entri ni Nuha minta doakan Nuha terus dilimpahkan dengan rezeki Shaklee yang berkat. Kepada semua wanita bergelar ibu yang berada dalam situasi yang sama seperti Nuha dan masih tercari-cari aktiviti jana pendapatan dari rumah sahaja, bisnes Shaklee memang terbaik. Awak boleh baca insentif-insentif yang Shaklee tawarkan di entri 3C Janjikan Bisnes Shaklee Luar Biasa.

Hubungi Nuha sekarang untuk awak mulakan langkah pertama jana pendapatan dengan Shaklee. InshaAllah dengan pengalaman 6 tahun bersama bisnes Shaklee, Nuha akan bimbing awak semuanya tentang bisnes Shaklee from zero and become a hero. 

Nuha
Pengedar Shaklee Sejak 2013
Contact: 017-4991289
FB: Nuha Hayati
IG: nuha.hayati
0 Comment For "Big Why Saya Buat Bisnes Shaklee"

Terima kasih atas kunjungan anda ke blog Nuha. Komen-komen positif dan membina adalah amat dialu-alukan. Terima kasih.

Back To Top